| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perutusan Tahun Baru 2017 Komisioner Jeneral Penjara Malaysia

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Assalamualaikum  Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa

     
  1. Alhamdulillah marilah kita bersama-sama memanjat  kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas limpah kurnia dan IzinNya tahun  2016 telah berjaya diharungi dengan penuh dedikasi dan jayanya. Di kesempatan  ini saya mengucapkan selamat melangkah ke tahun baru 2017 kepada seluruh warga kerja  Jabatan Penjara Malaysia dengan tekad dan azam baru demi melaksanakan tugas  yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin.
     
  2.  
  3. Sepanjang tahun 2016 pelbagai kejayaan telah  dicapai oleh Jabatan Penjara Malaysia yang mana seharusnya kita berbangga dan  kongsi bersama. Penglibatan Jabatan Penjara Malaysia di dalam pelbagai bentuk  program sepanjang tahun 2016 juga telah berjaya mempamerkan fungsi dan peranan  kita bukan sahaja di dalam negara, malah di persada dunia antaranya Pusat  Pemulihan Pemasyarakatan Gemas, Negeri Sembilan telah di pilih sebagai salah  satu tempat bagi tujuan lawatan deligasi Commonwealth  Association for Public Administration and Management (CAPAM). Manakala sasaran Kementerian  Dalam Negeri juga tercapai iaitu sekurang-kurangnya  1,500 penghuni mengikuti kemahiran secara bersijil dalam tempoh satu tahun.  Kejayaan ini mencatatkan seramai  2,125 penghuni telah didaftarkan di 42 penjara dan Pusat Pemulihan  Pemasyarakatan (PPP) dengan melibatkan 47 bidang kemahiran yang ditawarkan.
       
     
  4.  
  5. Kini transformasi kepenjaraan kian pesat di  mana kini bukan sahaja tertumpu di dalam negara dan melibatkan hubungan dengan  negara-negara luar. Saya berharap seluruh  insitusi Penjara Malaysia bersedia dan memahami dengan jelas Program Pemindahan  Antarabangsa Banduan (ITOP) sebagaimana ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan  Pemindahan Antarabangsa Banduan yang telah berkuatkuasa pada 30 Jun 2016. Situasi ini sudah pasti memberikan cabaran dalam aspek  penahanan dan pemulihan lebih-lebih lagi apabila melibatkan negara dan  peruntukan undang-undang yang berbeza antara satu negara dengan negara yang  lain.
     
  6.  
  7. Saya menyeru, agar seluruh warga kerja  Jabatan Penjara Malaysia berusaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan  kemahiran yang bersesuaian melalui peluang latihan yang telah disediakan. Sudah tiba masanya Penjara Malaysia mempunyai tenaga pakar (SME)  meliputi aspek keselamatan dan pemulihan berikutan pertambahan fungsi dan  tanggungjawab yang kian mencabar terutamanya dalam bidang tertentu antaranya  pemulihan jenayah, dadah, kaunseling, pengurusan krisis, extrimisma dan diradikalisasi sebagaimana yang telah digariskan di dalam  hala tuju Jabatan. Saya juga mahukan setiap pegawai penjara  mempunyai pengetahuan yang luas mengenai program-program yang dibangunkan, dimana  sebagai warga kerja Jabatan Penjara Malaysia kita merupakan agen penyampaian  maklumat kepada masyarakat mengenai program-program yang sedang dan telah  dilaksanakan.
     
  8.  
  9. Sebagai organisasi yang terus mengejar  prestasi dan kecemerlangan, saya berharap seluruh warga kerja akan terus  meningkatkan produktiviti dan bijak menguruskan peruntukkan kewangan secara berhemah  agar masyarakat terus menikmati dan memperolehi faedah daripada program-program  pemulihan yang berkesan. Bagi memastikan setiap  perancangan terlaksana dengan jayanya, semangat kerja secara berpasukan sudah  pasti dituntut dan sebagai satu kumpulan kerja yang mempunyai misi dan visi  yang ingin dicapai, ketaatan kepada ketua, sifat bantu membantu dan sebagainya  perlu disuburkan dalam sanubari warga jabatan ini. 
     
  10.  
  11. Adalah menjadi aspirasi Jabatan agar usaha-usaha kebajikan kakitangan terus diberikan  perhatian dan keutamaan termasuklah pengembangan kerjaya, kesihatan, hal-hal ehwal kebajikan warga dan waris yang memerlukan bantuan. Sesungguhnya  setiap warga kerja penjara merupakan aset ternilai di mana saya percaya setiap  kejayaan yang tercipta adalah hasil usaha dan keringat yang tidak pernah  mengenal erti jemu dan berputus asa untuk meletakkan jabatan ini ke arah  keterbilangan.
     
  12.  
  13. Akhir kata, di sini saya mengambil peluang  sekali lagi untuk melahirkan rasa gembira dan bersyukur ke hadrat Allah SWT di  atas semua kejayaan dan pencapaian kita sepanjang tahun 2016 dan mengucapkan  setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga kerja di atas segala  sokongan dan kerjasama serta tanggungjawab yang telah ditunaikan demi  kecemerlangan Jabatan Penjara Malaysia. Semoga tahun 2017 ini akan membawa Jabatan  Penjara Malaysia ke arah kejayaan yang lebih cemerlang, berinovatif dan berdaya  saing serta akan terus unggul di dalam perkhidmatan awam, negara dan seterusnya  di persada antarabangsa.

Wabillahi Taufiq  Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2017!

Sekian, terima kasih.


(KJP DATO? SRI HAJI ZULKIFLI BIN OMAR)