Sekolah Henry Gurney Telok Mas

Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Jabatan Penjara Malaysia, KM. 10, Karung Berkunci 1019, 75460 Telok Mas, Melaka
Tel : 06-2619259 / 2619284 / 2616449 | Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Maklumat Ringkas
Sekolah ini digunakan buat pertama kalinya pada tahun 1949.Institusi yang ditubuhkan bagi kanak-kanak lelaki ini telah mengalami 3 kali perubahan dari segi namanya.Ianya bermula dengan nama Sekolah Akhlak Tertinggi pada tahun 1949 kepada Sekolah Latihan Pemuda pada tahun 1950, dan berubah untuk kali ketiganya menjadi Henry Gurney School pada 15 Mei 1950 iaitu sempena pembukaan rasminya yang dilakukan oleh mendiang Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney, Pesuruhajaya Tinggi British.
Setiap penghuni akan berhadapan dengan tiga bentuk latihan iaitu latihan kerja kasar iaitu bagi yang baru masuk atau yang melanggar peraturan, latihan kerja sederhana bagi yang telah berjaya mengikuti latihan awal dan latihan kerja mahir bagi yang telah mahir dalam kerja-kerja seperti pertukangan, kimpalan, motormekanik dan lain-lain.
Sebagai sebuah institusi yang ditubuhkan khas bagi memperbaiki akhlak penghuni yang telah terpesong maka sekolah ini menitikberatkan kepada dua bentuk latihan yang berlainan iaitu vokasional dan akademik. Apa yang ketara, purata penghuni-penghuni yang berada di sini kurang meminati bidang akademik berbanding dari vokasional.
Sekolah Henry Gurney Telok Mas melaksanakan program pemulihan berasaskan 05 teras Utama iaitu Kluster Sukan, Kluster Akademik, Kluster TVET, Kluster Muzik dan Kluster Agama.
• Menyediakan jentera dan sistem pentadbiran koreksional yang terancang, bersepadu, dinamik, cekap dan profesional berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan mengikut keutamaan dan keperluan semasa.
• Menjamin setiap penghuni yang menjalani hukuman dibebaskan pada tarikh yang ditetapkan.
• Memastikan setiap penghuni berada dalam jagaan selamat sepanjang tempoh penahanan.
• Memberi layanan yang adil, saksama dan berperikemanusiaan kepada semua penghuni berdasarkan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
• Menyediakan program pemulihan yang bersepadu kepada semua penghuni berdasarkan Pelan Pembangunan Insan, Jabatan Penjara Malaysia.
• Menyediakan staf yang berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
• Memastikan setiap aduan diberi maklumbalas kepada pengadu dalam masa 7 hari bekerja.
Sekolah Henry Gurney Wanita Kota Kinabalu

Peti Surat 11020, 88811 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-456244 / 088-319472 | Fax : 088-319471 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Maklumat Ringkas
Pada 1 Julai 2003, Penjara Wanita Kota Kinabalu telah berpindah ke lokasi Sekolah Henry Gurney Kota Kinabalu, sekaligus mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut melalui pewartaan KDN.S.171/1355, Klt. 4; PN(PU2) 163/VI. Penghuni lelaki Sekolah Henry Gurney telah ditempatkan ke Keningau manakala penghuni wanita dikekalkan dan telah diletakkan di bawah pengurusan Penjara Wanita.
Aktiviti latihan vokasional untuk banduan meliputi bidang kemahiran seperti salun kecantikan, jahitan dobi, mendjanting batik dan katering. Orang awam adalah dialu-alukan untuk mendapatkan perkhidmatan dalam bidang yang dinyatakan dan boleh berhubung dengan Pegawai Perusahaan pada waktu pejabat.
Sekolah Henry Gurney Keningau

Peti Surat 111 Sekolah Henry Gurney, 89007 Keningau, Sabah
Tel : 087-331355 / 087-331377 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Maklumat Ringkas
Sekolah Henry Gurney Keningau merupakan sebuah institusi pemulihan di bawah Jabatan Penjara Malaysia, khusus untuk remaja lelaki berumur antara 14 hingga 21 tahun yang diperintahkan oleh mahkamah untuk menjalani program pemulihan.
Institusi ini ditubuhkan bagi:
• Memberi pendidikan akademik dan kemahiran kepada penghuni.
• Membentuk disiplin, sahsiah dan jati diri positif.
• Menyediakan peluang pemulihan, latihan vokasional dan rohani agar mereka dapat kembali ke masyarakat sebagai individu berguna.
Terkini Sekolah Henry Gurney Keningau bukan sahaja dikenalai sebagai penempatan Penghuni Juvana tetapi juga menempatkan prospek Dewasa bagi program Pertanian.
Sekolah Henry Gurney Keningau turut berfungsi sebagai pusat latihan pertanian, yang dijalankan melibatkan prospek dewasa (banduan yang berada di fasa akhir hukuman) sebagai sebahagian daripada Program Reintegrasi dan Pmulihan dalam Komuniti.
a. Klinik dan Perkhidmatan Kesihatan
Disediakan pegawai perubatan klinik dan Pembantu pegawai perubatan dalam kawasan Sekolah Henry Gurney Keningau untuk keperluan kesihatan penghuni.
b. Vokasional dan Industri
Memberi latihan kemahiran kepada prospek seperti produk Kimpalan seperti membuat kerusi taman, pasu bunga, kabinet rak kasut, meja makan,Hasil pertanian dan lain-lain kemahiran.
c. Unit Perjumpaan/Lawatan Keluarga
Terdapat ruang perjumpaan antara prospek dan ahli keluarga.
d. Khidmat Kaunseling
Perkhidmatan sesi kaunseling individu dan kelompok disediakan kepada prospek dengan menempatkan seorang pegawai psikologi.
e. Pegawai Kebajikan
Khidmat kebajikan disediakan kepada prospek dalam apa-apa urusan berkaitan dengan kebajikan.
f. Pertanian Ladang Agro
Selain menjalankan program pendidikan dan pemulihan, Sekolah Henry Gurney Keningau juga berperanan aktif dalam aktiviti pertanian sebagai salah satu komponen latihan kemahiran dan program pemulihan prospek.
Sekolah Henry Gurney Keningau mengusahakan pelbagai jenis tanaman di kawasan ladang antaranya,
Tanaman Kontan
1.Sayur-sayuran ( Sawi , Kangkung , Bendi , terung,Jagung Hybrid dan Cili )
Tanaman Kekal
Durian Musang King, Durian Black torn ,
Nangka , Avokado , Kelapa Pandan dan pisang.









