Matomo

Integriti

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Unit Integriti

PKK Sharil Bin Basir

OBJEKTIF

  • Mengurus perkara yang berkaitan dengan integriti pegawai dan anggota Jabatan Penjara Malaysia.
  • Merancang dan melaksanakan kursus-kursus integriti kepada kakitangan Jabatan Penjara Malaysia
  • Melaksanakan proses prosiding tindakan tatatertib Jabatan Penjara Malaysia.
  • Melaksanakan dan menyediakan maklum balas Aduan yang diterima Jabatan Penjara Malaysia.
  • Memastikan warga Penjara mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat patriotisme

FUNGSI UNIT

Unit Integriti sebagai ‘focal point’ kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di sektor awam. Matlamatnya untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat patriotisme. Kewujudannya sebagai usaha kawalan dalaman oleh agensi untuk menguruskan integriti dalam organisasi.

Terdapat enam fungsi teras yang dipertanggungjawabkan kepada Unit Integriti merangkumi perkara berikut;

Tadbir Urus

  • Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan

Pengukuhan Integriti

  • Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi

Pengesanan Dan Pengesahan

  • Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta perlanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan sewajarnya diambil.
  • Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.

Pengurusan Aduan

  • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan / maklumat mengenai salahlaku jenayah serta perlanggaran tatakelakuan dan etika organisasi

Pematuhan

  • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa

Tatatertib

  • Melaksanakan fungsi Urusetia Lembaga Tatatertib
  • Memastikan urusan tatatertib di peringkat institusi mematuhi tatacara dan prosedur


PROGRAM / INISIATIF

Antara cadangan program / tindakan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut :

Antara cadangan program / tindakan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut :
• Membuat naziran tatatertib di institusi penjara
• Menerbitkan E-Buletin Integriti
• Menyediakan Pelan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM)
• Membuat naziran dan pemeriksaan mengejut di institusi penjara perihal pelaksanaan ABMS
• Menyediakan modul integriti dan tenaga pengajar / fasilitator bagi kursus asas Jabatan Penjara – Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara (SAPP) dan Kursus Sijil Menengah Pengurusan Penjara (SMPP).