| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Soalan Lazim

Kami telah menerima banyak pandangan dan pertanyaan mengenai portal ini. Berikut adalah rumusan daripada pandangan dan pertanyaan-pertanyaan berkenaan. Anda dialu-alukan untuk terus memberikan pandangan ke arah menjadikan portal ini 'mesra pengguna', sesuai untuk anda semua.



J : Maklumat mengenai senarai tender dan sebutharga yang terkini di Portal Rasmi Jabatan Penjara berada di sudut laman utama portal sebelah kiri atau boleh terus klik pada pautan ini untuk melihat senarai penuh tender dan sebutharga.
Klik sini - http://www.prison.gov.my/senarai-tender



J : Ubahsuai penampilan mengikut selera anda


Anda boleh mengubah warna utama (latarbelakang utama) dengan memilih pada seleksi warna yang diberikan dan warna templet akan berubah serta-merta Untuk membesarkan saiz font, pengguna boleh memilih A+ , untuk mengecilkan saiz teks, pengguna boleh memilih A- dan kembali kepada normal dengan memilih A.
Pengubahsuaian (customization) ini tidak akan mengganggu pelawat-pelawat lain. Ia hanya untuk paparan di pelayar web anda sahaja.Selamat mencuba!!




J : Alamat, telefon dan peta

Alamat:
Unit Urusetia (PRO)
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Jalan Kajang-Semenyih By Pass,
43000 Kajang,
Selangor

Telefon: 03-8732 8000

Maklumat: Peta Lokasi - Kompleks Penjara Malaysia (Kajang)




J : Definisi dan istilah kepenjaraan



PENJARA
Menahan banduan reman (unconvicted) menunggu perbicaraan di Mahkamah dan banduan sabitan (convicted) iaitu banduan yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
SEKOLAH HENRY GURNEY (SHG)
Menahan penghuni yang berusia antara 14 hingga bawah 21 tahun yang ditahan di bawah Perintah Mahkamah Kanak-Kanak.
PUSAT PEMULIHAN AKHLAK (PPA)
Menahan tahanan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.
PUSAT PEMULIHAN KHAS
Menahan tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959.
TEMPAT TAHANAN KHAS
Menahan tahanan di bawah Akta Pencegahan Keganasan 2015.
RUMAH PERANTARAAN JABATAN PENJARA
Rumah Perantaraan Jabatan Penjara digunakan untuk menempatkan bekas banduan dan Orang Diparol yang tiada tempat tinggal atau tidak diterima oleh keluarga. Penempatan sementara ini membolehkan bekas banduan meneruskan pemulihan di dalam masyarakat serta memperolehi peluang pekerjaan. Program Rumah Perantaraan Jabatan Penjara merupakan antara 50 inisiatif yang terkandung dalam bidang keberhasilan utama Negara (NKRA) bagi mengurangkan kadar jenayah dalam Negara.
BANDUAN REMAN
Banduan yang ditahan di penjara menunggu perbicaraan di Mahkamah
BANDUAN SABITAN
Banduan yang telah disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.
BANDUAN HUKUMAN LAMA
Banduan yang menjalani hukuman penjara bagi suatu tempoh melebihi enam bulan.
BANDUAN HUKUMAN SINGKAT
Banduan yang menjalani suatu tempoh hukuman penjara kurang daripada enam bulan.
BANDUAN PERTAMA KALI
Ertinya seseorang banduan sabitan yang pertama kali dimasukkan ke dalam penjara.
BANDUAN BERULANG KALI
Terdiri daripada banduan sabitan yang telah berulang kali masuk penjara.
BANDUAN MUDA
Terdiri daripada banduan sabitan dan reman yang berumur kurang daripada 21 tahun.
BANDUAN DADAH
Terdiri daripada banduan yang telah disabitkan dengan kesalahan berkaitan kes dadah.
PENGHUNI (KANAK-KANAK/JUVANA)
Terdiri daripada mereka yang berumur antara 14 hingga bawah 18 tahun yang telah didapati bersalah oleh Mahkamah Kanak-Kanak dan mereka ini ditahan di Sekolah Henry Gurney.
ORANG TAHANAN (OT)
Terdiri daripada mereka yang ditahan di bawah perintah Tahanan oleh Menteri Dalam Negeri atau Lembaga Pencegahan Jenayah atau Lembaga Pencegahan Keganasan.
BANDUAN AKHIR (BA)
Banduan yang dijatuhi hukuman mati.
BANDUAN SEUMUR HAYAT
Banduan yang menjalani hukuman sepanjang hayat dan tiada tarikh bebas kecuali mereka mendapat pengampunan atau peringanan hukuman dari Yang di Pertuan Agong atau Sultan atau Yang di Pertua Negeri di mana kesalahan tersebut dilakukan.
BANDUAN SEUMUR HIDUP
Banduan yang dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun atau 30 tahun.
TAHANAN LIMPAH YANG DI-PERTUAN AGONG/ SULTAN/ YANG DI PERTUA NEGERI
Banduan yang melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh djatuhkan hukuman mati tetapi tidak dijatuhkan hukuman mati kerana semasa kesalahan dilakukan banduan berkenaan berumur di bawah 18 tahun atau didapati tidak siuman. Mereka ini tidak mempunyai tarikh bebas telah mendapat pengampunan atau peringanan hukuman Yang di Pertuan Agong atau Sultan atau Yang di Pertua Negeri di mana kesalahan tersebut dilakukan.
ORANG DIPAROL (ODP)
Banduan yang dilepaskan secara Perintah Parol bagi menjalani baki hukuman dan pemulihan di luar penjara bersama masyarakat.
ORANG DISELIA (ODS)
Banduan yang sedang mengikuti Program Pemulihan Pemasyarakatan di kem tentera atau tempat-tempat lain yang diluluskan.
PESALAH PERINTAH KEHADIRAN WAJIB
Pesalah yang diperintahkan oleh Mahkamah bagi menjalani kerja wajib untuk tempoh tertentu mengikut Akta Kehadiran Wajib 1954, yang diselia oleh pegawai penjara (pegawai parol)
Dibenarkan dan dilarang
Kecuali jika dinyatakan, anda dibenarkan untuk mencetak semua artikel.
Anda tidak dibenarkan memindah turun semua gambar yang dipamerkan. Klik kanan tetikus tidak dibenarkan.
Forum dan Sembang adalah ruangan untuk kemudahan kita bersama. Jangan gunakan untuk perkara yang dilarang dan mengganggu ketenteraman orang lain atau mana-mana pihak. Sembang atau 'chat' pada asalnya disediakan untuk ahli-ahli kadet koreksional. Ia menyediakan platform untk mereka berinteraksi sesama sendri sesuai dengan citarasa mereka
Sebarang komen / aduan mengenai portal sila gunakan menu 'Maklumbalas ' atau 'Hubungi Kami'
Pastikan anda membaca maklumat di menu 'Informasi'.
Panduan pindahturun
Portal ini ada menggunakan format .pdf atau perisian acrobat reader pada sesetengah dokumen atau artikel. Ia dinyatakan pada pautan yang berakhir dengan .pdf seperti ini Senarai Artikel Untuk Dipindahturun (.pdf)
Pada ruangan muat turun senarai artikel atau senarai fail, anda perlu terlebih dahulu memastikan pelayar web anda telah dilengkapi dengan perisian Acrobat Reader.
Klik sini Acrobat Reader jika ingin memasang versi terkini.


J : Alamat dan nombor telefon institusi penjara

Laman Utama -> Hubungi Kami

Klik sini : Alamat & Institusi Penjara