Matomo

Pusat Pemulihan Akhlak

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pusat Pemulihan Akhlak

Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah / Pusat Koreksional Batu Gajah

Jalan Brewster, 31000 Batu Gajah, PERAK DARUL RIDZUAN
053632255 / 053632256 | Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah Perak telah menempatkan tahanan LLPK lelaki dan Wanita. Kini institusi ini telah bertukar kepada Pusat Koreksional Batu Gajah dan diwartakan pada 7 Oktober 2024 yang menempatkan tahanan reman dan tahanan LLPK Wanita. 

Insitutusi ini menempatkan tahanan reman yang terdiri daripada Mahkamah Ipoh, Mahkamah Kampar, Mahkamah Parit,Mahkamah Seri Iskandar Dan Mahkamah Batu Gajah. Kapasiti tahanan reman di Pusat Koreksional Batu Gajah ialah 600 lelaki dan 100 wanita merangkumi tahanan Mahkamah Tinggi , Mahkamah Sesyen Dan Mahkamah Majistret.

-Tahanan Reman
-Banduan Sabitan
-Tahanan Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) Wanita

Pusat Pemulihan Akhlak Muar

Jalan Salleh 84007 Muar, JOHOR DARUL TAKZIM
Tel : 06-9522711 | Fax : 06-9529126 | E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Bangunan yang sedia ada hari ini, dibina pada tahun 1927 bagi menempatkan budak-budak nakal.Apabila terbina nya Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, kesemua penghuni-penghuni pusat ini dipindahkan ke sana pada tahun 1950. Penjara ini ditutup seketika.Pada tahun 1958, tempat ini dibuka semula dengan nama Tempat Tahanan.

Pada tahun 1959, tempat ini sekali lagi ditukar nama kepada Tempat Tahanan Perlindungan. Pada tahun 1973, tempat ini ditutup dan semua tahanannya dipindahkan ke Tempat Tahanan Perlindungan Kamunting, Perak.

Pada bulan Oktober 1976, sejumlah 50 orang pegawai penjara bujang dari seluruh institusi penjara di Semenanjung Malaysia dipindahkan ke institusi ini bagi membuat kerja-kerja pembersihan awal dan persediaan untuk menerima orang-orang tahanan yang akan dipindahkan dari Pusat Pemulihan Akhlak, Pulau Jerejak, Pulau Pinang secara berperingkat-peringkat.

Pusat Pemulihan Akhlak Machang / Pusat Koreksional Machang

 

Jalan Machang - Tanah Merah, 18500 Machang, KELANTAN
Tel : 09-9762800 | E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Pusat Pemulihan Akhlak Machang yang dibina di atas Lot 3019 di Mukim Kelaweh, Daerah Pangkal Meleret, Machang, Kelantan telah diwartakan pada 2007. Dan beroperasi dan ditadbir oleh seorang Pengarah berpangkat Penolong Kanan Komisioner Penjara pada 2008.

Dirasmikan pada 3 Oktober 2012 yang disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Tengku Mahkota Kelantan.

Institusi ini diwartakan dibawah P.U.(B) 440. Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316) Menteri mengarahkan supaya kawasan yang diperihalkan menjadi Tempat Tahanan yang dinamakan sebagai Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Kelantan sebagaimana warta (KKDN 171/1355 Klt.6(39; PN(PU2)437) dan (KKDN 171/135 Klt.6(39); PN(PU2)11/VI)

Diwartakan dibawah P.U.(B) 350. Akta Penjara 1995 : Akta Pencegahan Keganasan 2015 Menteri mengistiharkan kawasan yang diperihalkan sebagai Tempat Tahanan Khas, Machang, Kelantan sebagaimana warta (KDN PDP(S):03/171/1 Jld.5;PN (PU2)163/XV)

Diwartakan dibawah P.U.(B) 222. Akta Penjara 1995 : Perisytiharan di bawah Seksyen 3 Menteri mengistiharkan kawasan yang diperihalkan sebagai Pusat Koreksional Machang, Kelantan sebagaimana warta (KDN PDP(S):03/171/1 Jld.3;PN (PU2)163/XII)

Kapasiti Penghuni : 1560 Penghuni/Prospek
Jumlah terkini Penghuni : 2823 Penghuni/Prospek

Institusi ini mempunyai:

Senarai Kakitangan Uniform : 347 Orang
Senarai Kakitangan Awam : 35 Orang
Keseluruhan : 382 Orang

I. Banduan Sabitan Lelaki
II. Pusat Latihan Berpusat
III. Program Pembangunan Insan
IV. Kerja Bengkel
V. Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Furqan

Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam

86200 Simpang Rengam, JOHOR DARUL TAKZIM
Tel : 07-7550990 | Fax : 07-7556050 | E-mail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Penjara/Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Johor telah dibina pada tahun 1982 dan siap sepenuhnya pada tahun 1986 di atas kawasan seluas 82.6 hectar (198.2 ekar).

Pada tarikh 20hb. Oktober, 1986 diwartakan sebagai Penjara bagi menempatkan kalangan banduan kategori reman dan banduan pra-bebas/kerja luar. Kapasiti penempatan adalah seramai 1100 orang.

Pada tarikh 10hb. Mei, 1991 diwartakan sebagai Pusat Pemulihan Akhlak bagi menempatkan tahanan-tahanan dibawah Tahanan Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1985 dan Tahanan Ordinan Darurat (KAMJ) 1969. Kapasiti penempatan adalah seramai 1400 orang.