Matomo

Pusat Latihan

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pusat Latihan Pegawai Penjara

Akademi Koreksional Malaysia

Persiaran Putra, 07000 Kuah, Langkawi, Kedah
Tel : 04-9600000
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Berdasarkan kepada keputusan yang dibuat ketika Kuala Lumpur menjadi tuan rumah persidangan Asia Pacific Conference of Correctional Administration (APCCA) 1997. Di dalam persidangan tersebut deligasi telah mencadangkan untuk menjadikan Malaysia sebagai Regional Training Centre (RTC) bagi negara-negara Asia Pasifik.

Sehubungan itu, sebuah tapak di Lot PT No. 2639 yang dikenali sebagai ‘The Gates’ yang terletak berhampiran jeti Kuah, Langkawi telah dibeli oleh Kerajaan Malaysia dengan kos pembelian sebanyak RM 64,000,000.00 iaitu RM34,750,000.00 (Pembelian Tanah), RM21,100,000.00 (Kos Ubahsuai) dan RM8,150,000.00 (Kos Loose Item dan Harta Modal).
Akademi Koreksional Malaysia (AKM) telah diserahkan kepada Jabatan Penjara Malaysia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) pada 07 Februari 2007.

Satu Majlis Penyerahan Dan Penerimaan telah dibuat di Auditorium Akademi Koreksional Malaysia (AKM) dengan dihadiri oleh Y. Bhg. Datuk Mustafa bin Osman, Ketua Pengarah Penjara Malaysia ketika itu. Akademi Koreksional Malaysia dibangunkan di atas tanah seluas 25 ekar iaitu sebahagian daripada P.T. No. 2639 di bahagian tenggara Pulau Langkawi. Tanah yang dibangunkan ialah seluas 12.5 ekar.

Lokasi AKM ialah berhadapan dengan Jeti Kuah, satu kilometer dari Pekan Kuah dan perjalanan dalam 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Padang Mat Sirat.

AKM merupakan sebuah pusat latihan yang bertaraf antarabangsa dibawah Jabatan Penjara Malaysia yang merupakan tempat latihan pegawai kanan jabatan dalam perkhidmatan. AKM menyediakan kursus jangka pendek kepada pegawai-pegawai kanan jabatan.

Selain itu, AKM juga merupakan tempat persidangan antarabangasa seperti Asean Regional Correctional Conference (ARCC) 2024, UNODC 2024, ICCC 2025, MTCP (Setiap Tahun) , EU 2022 & 2024 dan lain-lain.

1. Tempat berkursus jangka pendek bagi Pegawai Kanan Jabatan
2. Tempat persidangan antarabangsa bagi Jabatan dan kolabrasi dengan agensi luar
3. Kolabrasi persidangan antarabangsa antara jabatan dan agensi luar
4. Sebuah pusat latihan yang didaftarkan di bawah Institut Latihan Awam (ILA) yang menyediakan tempat untuk agensi luar melaksanakan kursus jangka pendek

Maktab Penjara Malaysia

Maktab Penjara Malaysia ialah sebuah institusi latihan yang terletak di Kajang, Selangor, kira-kira 2 kilometer dari pusat bandar Kajang. Maktab ini mempunyai keluasan 19.398 hektar dan berada dalam kawasan Kompleks Penjara Kajang. Pembinaan dan pewujudannya telah melalui dua fasa, iaitu fasa pertama dari tahun 1973 hingga 1988, manakala fasa kedua bermula pada tahun 1992 hingga 2002.

Pada awal tahun 1980-an, pihak pengurusan Penjara Malaysia merasakan sudah tiba masanya Jabatan Penjara Malaysia memiliki sebuah institusi latihan khusus untuk menampung keperluan pembangunan pegawai-pegawai kanan. Penubuhan Maktab ini bertujuan menjadi pusat penyebaran ilmu yang relevan mengenai kepenjaraan, seterusnya mempersiapkan pegawai kanan penjara menghadapi cabaran persekitaran penjara yang semakin berkembang.

Cadangan penubuhan Maktab Penjara Malaysia telah diilhamkan oleh YBhg. Dato’ Ibrahim bin Mohamed, Ketua Pengarah Penjara Malaysia yang kedua. Beliau telah berusaha bersungguh-sungguh bagi merealisasikan penubuhan institusi ini agar menjadi pemangkin ilmu pengetahuan kepada pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia.

Misi

Menyediakan kemudahan latihan bagi melahirkan pegawai yang cemerlang melalui program latihan berkualiti.


Visi

Ke arah melahirkan pegawai kanan penjara yang berilmu, berkemahiran, berhemah tinggi, berdisiplin serta berdaya maju ke arah kecemerlangan perkhidmatan.

Objektif Umum

Membangunkan potensi sumber manusia dalam Jabatan Penjara Malaysia ke arah kecemerlangan perkhidmatan melalui latihan bagi kemajuan jabatan.

Objektif Khusus

* Melengkapkan dan meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta memupuk nilai-nilai murni dan sikap positif pegawai kanan Jabatan Penjara Malaysia melalui latihan yang berkualiti.
* Meningkatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan organisasi pegawai kanan penjara ke arah profesionalisme kepenjaraan.
* Meningkatkan kualiti kepimpinan serta pengurusan latihan dan pembangunan perkhidmatan bagi perancangan latihan yang berkesan.
* Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan institusi latihan lain bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang latihan.


Peranan Maktab Penjara Malaysia
Maktab Penjara Malaysia (MPM) memainkan peranan penting dalam memperkasa keupayaan anggota Jabatan Penjara Malaysia melalui pendekatan holistik yang menekankan tiga elemen utama: Attitude (Sikap), Skill (Kemahiran), dan Knowledge (Pengetahuan) dalam latihan serta pembangunan profesionalisme berterusan.
Pelbagai inisiatif telah dan sedang dilaksanakan bagi memastikan anggota sentiasa dilengkapi dengan sikap positif, kemahiran yang tinggi, serta pengetahuan yang luas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.
• Attitude (Sikap) yang positif dan berintegriti merupakan asas kepada kecemerlangan dalam setiap pelaksanaan tugas.
• Skill (Kemahiran) pula memastikan anggota memiliki keupayaan teknikal dan profesional yang mantap untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam sistem pemasyarakatan negara.
• Knowledge (Pengetahuan) yang mendalam tentang prosedur, perundangan, serta etika pengurusan penjara menjadi kunci utama dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan.
Dasar Latihan Negara

Sebagai sebuah pusat latihan, Maktab Penjara Malaysia ditadbir berlandaskan Dasar Latihan Kerajaan dan Jabatan. Antara ciri-ciri pentingnya ialah:
1. Mencapai perkhidmatan Jabatan Penjara Malaysia yang progresif.
2. Mencapai tahap kecekapan dan keberkesanan ekonomi yang optimum.
3. Menyelaraskan pentadbiran latihan di seluruh jabatan selaras dengan dasar latihan kerajaan.
4. Mewujudkan kemajuan dan perkembangan kumpulan pentadbiran serta pakar yang berkebolehan, cekap dan sentiasa maju sejajar dengan perkembangan saintifik, ikhtisas dan teknik pengurusan dalam serta luar jabatan.
5. Memberi peluang latihan yang adil dan saksama kepada semua kakitangan Jabatan Penjara Malaysia.
Falsafah Latihan

Sejajar dengan objektif jabatan untuk membangunkan sumber manusia melalui latihan, falsafah latihan Maktab Penjara Malaysia digubal seperti berikut:
• Ke arah membangunkan keupayaan pegawai dengan membekalkan ilmu dan kemahiran sewajarnya supaya lebih kompeten dalam melaksanakan tanggungjawab; di samping membentuk nilai sikap yang positif terhadap diri, tugas dan organisasi.

Pendekatan latihan yang diamalkan adalah komprehensif, merangkumi aspek fizikal, mental dan sahsiah. Falsafah ini turut menjadi garis panduan dalam menentukan hala tuju serta pendekatan latihan yang dilaksanakan di Maktab Penjara Malaysia

Maktab Penjara Malaysia (MPM) mempunyai prasarana yang membolehkan mana-mana jabatan atau agensi kerajaan menjalankan kursus, seminar, atau program latihan.
Antara kemudahan yang disediakan termasuk:
 Dewan kuliah, makmal komputer dan bilik seminar - Dilengkapi dengan kemudahan audiovisual.
 Asrama dan penginapan – Untuk peserta kursus yang memerlukan penginapan.
 Dewan makan – Menyediakan perkhidmatan makanan untuk peserta.
 Kemudahan sukan dan riadah – Seperti padang, gelanggang sukan dan obstacle course
 Surau – Untuk keperluan ibadah
 Keselamatan terjamin – Dalam kawasan berpagar dengan kawalan keselamatan.
Jabatan atau agensi yang berminat untuk mengadakan kursus di Maktab Penjara Malaysia boleh menghubungi pihak pengurusan MPM untuk maklumat lanjut mengenai tempahan dan keperluan logistik.


Maktab Penjara Malaysia,
Kompleks Penjara Kajang,
43000 Kajang,
Selangor.
MALAYSIA

No.Tel : 03-87394800
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Fb : Maktab Penjara Malaysia
Web : https://mpm.prison.gov.my/

Institut Koreksional Malaysia

Jabatan Penjara Malaysia, Tanjung Kling, Melaka
Tel : 06-3516684 | Fax : 06-3516650 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Institut Koreksional Malaysia (IKoM) ditubuhkan pada Jun 2007 dan berfungsi sebagai pelaksanaan kursus kepada kakitangan berkaitan pengurusan organisasi, pentauliahan tahap kompetensi dalam pengoperasian kawalan keselamatan, program pemulihan dan pemasyarakatan terhadap banduan.

November 2022, IKoM menjalin kerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai Penyelaras PPA-PPT bagi program pentauliahan serta persijilan di Pusat Pembangunan Teknikal Keselamatan Dan Pertahanan Awan, IKoM dan Pusat ini dirasmikan pada 29 Julai 2025.

Tujuan program dan pusat dibangunkan untuk peningkatan kebolehpasaran (tahap kompetensi) pegawai serta anggota. Program yang telah berdaftar di Pusat Pembangunan Teknikal Keselamatan Dan Pertahanan Awan, IKoM adalah seperti berikut:

• Pemasangan & Penyelenggaraan Sistem Keselamatan Elektronik Tahap 3 (DS-050-3:2013)
• Latihan Tenaga Pengajar (NCS-004:2017)

PPA-PPT di Pusat Pengajian Ordnan JPM, Lapang Sasar Penjara Kluang, Johor turut diseliakan IKoM :

• Kejurulatihan Senjata Api Tahap 2 (O842-005-2:2019)
• Kejurulatihan Taktikal Senjata Api Tahap 3 (O842-005-3:2019)
• Penginapan Asrama
• Dewan Makan (menghadap laut)
• Bilik Kuliah
• Bilik Mesyuarat
• Makmal Komputer
• Surau Al Mustakim
• Padang dan Dataran (menghadap laut)
• Jurulatih kawad, jasmani. SENTAP, LDK

Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Perak

Jalan Mudzaffar Shah, 34000 Taiping, PERAK DARUL RIDZUAN
Tel : 05-8082182/8050020 | Fax : 05-8064909 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia (PLPP) merupakan institusi latihan utama Jabatan Penjara Malaysia yang berperanan menyediakan latihan asas, lanjutan dan khusus kepada pegawai serta kakitangan penjara bagi meningkatkan kompetensi dan profesionalisme.

PLPP sentiasa komited dalam meningkatkan profesionalisme pegawai penjara. Antara aktiviti terkini termasuk mengadakan kursus pemantapan kemahiran dalam bidang pemulihan dan keselamatan, serta menjalinkan kerjasama dengan agensi luar untuk memastikan latihan yang dijalankan adalah relevan dan berkesan.

1. Penyediaan asas teoritikal dan praktikal dalam fungsi pengoperasian intitusi kepenjaraan.
2. Penyediaan asas kemahiran dalam latihan kepenjaraan dan modul latihan luar.
3. Penyediaan pengukuhan disiplin dan keperibadian berteraskan kod etika pegawai penjara.
4. Pelaksanaan Kursus-Kursus di bawah Pelan Operasi Latihan (POL).
5. Pengaturcara Majlis-Majlis Rasmi di Peringkat Jabatan Penjara Malaysia.

Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Johor
D/A Kompleks Penjara Kluang. Batu 8, Jalan Kluang – Mersing, 86000 Kluang, Johor
No Telefon : 07-7875200 smbg 311 | Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Maklumat Ringkas

Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Johor terletak di dalam perimeter Kompleks Penjara Kluang, Johor. Mula beroperasi pada 03 Oktober 2005. Telah melaksanakan (15) Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara ( KSAPP ) dan melibatkan seramai 1175 orang peserta bermula pada 03 Oktober 2005 sehingga 28 Oktober 2020.

PULAPEN Johor bukan sahaja bertanggungjawab mengendalikan Kursus Sijil Asas Pengurusan Penjara ( KSAPP ) malah telah diberi pengiktirafan bagi mengendalikan Kursus Dalam Perkhidmatan, Kursus In House Training ,Kursus Ad Hoc dan lain lain kursus yang di arahkan oleh Bahagian Pembangunan Profesionalisme kepada Pegawai Penjara khususnya kumpulan sokongan.
PULAPEN Johor telah menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dalam menganjurkan Kursus Hak Asasi Manusia untuk Pegawai Penjara yang diadakan di Hotel Regency Seri Warisan, Taiping, Perak.

Perlaksanaan Kursus In House Training kepada kakitangan institusi ini sendiri dapat memberi pendedahan berkaitan Perintah Tetap Ketua Pengarah Penjara, Pekeliling atau peraturan - peraturan baru, kursus – kursus ulangkaji, persediaan untuk peperiksaan dan sebagainya.

PULAPEN Johor juga diamanahkan menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan yang memberi penekanan berkaitan Pengurusan Banduan dan keselamatan mengikut Akta Penjara 1995 dan Peraturan Penjara 2000 kepada semua lapisan kakitangan sebagai panduan menjalankan tugas dan meningkatkan mutu perkhidmatan.

PULAPEN Johor sentiasa memberi kerjasama kepada bahagian-bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia bagi menganjurkan kursus –kursus berkaitan bahagian tersebut di PULAPEN Johor kepada semua lapisan kakitangan Jabatan Penjara Malaysia.

Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Perlis

Jalan Kok Klang, 02500 Mata Ayer, Perlis
No. Tel : 04 9860255 | No. Fax : 04 9860271

Maklumat Ringkas

Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia Perlis atau lebih dikenali sebagai PULAPEN Perlis telah beroperasi secara rasmi pada 14 November 2011 berikutan pemindahan pengoperasian Pusat Latihan Wilayah Utara (PULARA) di Penjara Pokok Sena , Kedah. Lokasi PULAPEN Perlis yang terletak di dalam kawasan pentadbiran Pusat Koreksional Perlis yang merupakan penjara tunggal di Negeri Perlis. Jarak perjalanan dari Kangar adalah lebih kurang 15 KM.

Mula menjalankan Latihan kepada Pelatih Kursus Asas Pengurusan Penjara (KSAPP) pada tahun 2012 mulai 16 April hingga 05 Ogos 2012 ( Pengambilan pertama ) KSAPP siri 1/2012 melibatkan pegawai Penjara Gred KX 19 lantikan baru.

PULAPEN Perlis bertanggungjawab untuk melaksanakan kursus kursus dalam perkhidmatan selaras kehendak jabatan bagi memastikan pengetahuan dan disiplin Pegawai dan anggota Jabatan Penjara Malaysia sentiasa dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik.

PULAPEN Perlis juga diberikan mandat untuk mengurus dan menyelia perlaksanaan Kadet Koreksional untuk Sekolah Menengah Kuala Perlis dan Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Nangka serta Kor Siswa / Siswi Koreksional (SISKOR) untuk Universiti Malaysia Perlis UniMAP. Maklumat Lanjut Klik Sini

Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Wilayah Timur

Pusat Latihan Pegawai Penjara Wilayah Timur (PULATIM) 21600 Marang, Terengganu

No. Tel : 09 8320200 / 238 | Fax : 09 8325269
Klik sini untuk maklumat selanjutnya

Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Wilayah Utara


Kompleks Penjara Pokok Sena, KM 24, Jalan Naka, 06400 Pokok Sena, Kedah Darul Aman.
No. Tel : 04-7825555 | Fax : 04-7821043
Klik sini untuk maklumat selanjutnya

Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Wilayah Selatan

Penjara Kluang, Batu 8, Jalan Kluang-Mersing, 86000 Kluang, Johor.
No. Tel : 07 787 5200 samb 5224 | Fax : 07 787 5128
Klik sini untuk maklumat selanjutnya

Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Wilayah Sabah

Peti Surat 11020 Kepayan 88811 KOTA KINABALU SABAH
No. Tel : 088-456474 Samb. 127 | Fax : 088-252611
Klik sini untuk maklumat selanjutnya

Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Wilayah Sarawak

Pejabat Jabatan Penjara Malaysia Limbang, Jalan Nanga Medamit, Peti Surat No. 306, 98709 Limbang, SARAWAK
No. Tel : 085-211066 / 211068 (Operator) | Fax : 085-211060
Klik sini untuk maklumat selanjutnya