Matomo

Antarabangsa & Pemindahan Banduan

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bahagian Antarabangsa & Pemindahan Banduan

TKP ZULIA BINTI KHAMIS
PENGARAH

Bahagian Antarabangsa dan Pemindahan Banduan (BAPB) Jabatan Penjara Malaysia telah distruktur semula dan berperanan sebagai pusat strategik yang menguruskan urusan diplomatik, kerjasama antarabangsa, dan pelaksanaan program pemindahan banduan. Fungsi Bahagian ini terbahagi kepada tiga (3) seksyen utama:


1. Seksyen Kerjasama Antarabangsa
Seksyen ini menguruskan penglibatan Jabatan Penjara dalam arena global dan serantau.
Hubungan Rasmi: Menjalin dan menyelaras hubungan rasmi dengan agensi penguatkuasaan dan penjara luar negara serta organisasi antarabangsa.
Perjanjian: Menyelaraskan urusan di bawah Memorandum of Understanding (MoU) atau Mutual Legal Assistance Treaty (MLAT), kecuali bagi triti yang melibatkan Pemindahan Antarabangsa Banduan.
Forum dan Persidangan: Merancang dan menguruskan penyertaan jabatan dalam mesyuarat atau simposium anjuran badan seperti UNODC, ASEAN, ICPA, APCCA, ARCC dll..
Pembangunan Kapasiti: Menguruskan lawatan sambil belajar, program fellowship, dan pertukaran pegawai.
Pematuhan Antarabangsa: Menyediakan laporan pematuhan Malaysia terhadap instrumen antarabangsa berkaitan hak asasi banduan (seperti Mandela Rules, CEDAW dll.).
Lawatan Rasmi: Menyusun atur kunjungan hormat delegasi luar negara dan menyelaras lawatan kerja pegawai jabatan ke luar negara.


2. Seksyen Multilateral
Seksyen ini memfokuskan kepada pengurusan triti pemindahan pelbagai hala, statistik, dan urusan diplomatik berkaitan kebajikan banduan warga asing.
Triti Pemindahan Banduan: Menyelaras permohonan triti pelbagai hala (seperti Multilateral Agreement on Transfer of Sentenced Persons) dan memberi input teknikal dalam proses pengesahan atau pematuhan triti kepada pihak kementerian.
Statistik: Mengumpul, menganalisis, dan mengemaskini statistik banduan warga asing di Malaysia serta rakyat Malaysia yang menjalani hukuman di luar negara.
Urusan Diplomatik: Menguruskan pengesahan kewarganegaraan, pengesanan waris, dan menjadi penghubung rasmi dengan kedutaan asing mengenai kebajikan dan keselamatan banduan warga asing.


3. Seksyen Pemindahan Antarabangsa Banduan
Seksyen ini melaksanakan mekanisme pemindahan banduan, iaitu International Transfer of Prisoners (ITOP) dan Program Inisiatif Mempercepatkan Pemindahan Banduan Warga Asing (BWA).
ITOP (International Transfer of Prisoners): Menilai kelayakan pemindahan banduan warganegara Malaysia di luar negara dan warga asing di Malaysia. Menyelaras permohonan, proses kelulusan, dan urusan penghantaran/membawa pulang banduan.
Program Inisiatif Mempercepatkan Pemindahan Banduan Warga Asing (BWA) (dahulunya FAST): Menguruskan program penghantaran pulang warga asing ke negara asal dengan menyemak kriteria penghantaran pulang awal serta memudah cara penyediaan dokumen perjalanan dan pelepasan imigresen.
Dokumentasi dan Rekod: Menyediakan profil lengkap banduan dan merekod status proses penghantaran/pemindahan dalam sistem berpusat.
Laporan: Menganalisis data keberkesanan program ITOP dan BWA serta menyediakan statistik dan laporan kepada pihak pengurusan dan agensi antarabangsa.