Matomo

Khidmat Pengurusan

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Bahagian Khidmat Pengurusan


DZULPADZLI BIN SHA'ARIN

Pengarah

OBJEKTIF

Bahagian Khidmat Pengurusan meneraju perkhidmatan pentadbiran yang efisien dan berkesan kepada Jabatan Penjara Malaysia. Ini termasuklah pengurusan am pejabat, pentadbiran dan meyediakan persekitaran kerja yang selamat, kondusif dan produktif serta memastikan kelancaran operasi dan pencapaian matlamat organisasi tercapai. Bahagian Khidmat Pengurusna akan sentiasa berusaha untuk mengamalkan inovasi dan meningkatkan kualiti perkhidmatan serta bertindak secara proaktif dan responsif terhadap perubahan dan keperluan organisasi dari semasa ke semasa.

PENGURUSAN PEJABAT DAN PENTADBIRAN
Menyediakan perkhidmatan sokongan seperti perkhidmatan pengurusan pejabat, menguruskan kontrak yang berkaitan serta pengurusan aduan daripada kakitangan.

PENGURUSAN ASET
Menguruskan aset alih, aset tak alih dan stok.

PENGURUSAN FASILITI
Meliputi pembangunan dan penyelenggaraan bangunan meliputi kerja-kerja awam, elektrikal dan mekanikal.

KEURUSETIAN DAN PENGURUSAN DOKUMEN
Menguruskan hal-hal pentadbiran pejabat yang meliputi pengurusan majlis, pengurusan fail, dokumen rasmi, dan urusan surat-menyurat.

FUNGSI

(a) Merancang, mengurus dan memantau segala urusan berkaitan teknikal dan penyelenggaraan bangunan Jabatan Penjara Malaysia (bertindak sebagai Facility Manager di Ibu Pejabat Penjara Malaysia);
(b) Menyelaras pembaikan kecil dan naik taraf ruang pejabat di Ibu Pejabat Penjara Malaysia;
(c) Mengurus dan menyelaras urusan keselamatan perlindungan dan memantau kawalan keselamatan bangunan dan aset di Ibu Pejabat Penjara Malaysia;
(d) Menyelaras urusan keselamatan dokumen terperingkat Jabatan Penjara Malaysia serta pelantikan pegawai pengelas mengikut Akta Rahsia Rasmi, Arahan Keselamatan dan Akta Arkib Negara;
(e) Mengurus fail dan rekod jabatan, pendaftaran dan pelupusan fail;
(f) Melaksanakan pengurusan aset alih dan tak alih di peringkat Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan sebagai penyelaras / urus setia untuk Jabatan Penjara Malaysia;
(g) Mengurus stor pusat dan stor utama;
(h) Menjalankan pemeriksaan dalaman stor (Ibu Pejabat Penjara Malaysia), pemeriksaan aset dan verifikasi stor di Ibu Pejabat dan negeri;
(i) Melaksanakan naziran aset dan stor di Bahagian / Pejabat Negeri / Institusi;
(j) Urus setia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Jabatan sebanyak empat (4) kali setahun dan wakil mesyuarat JKPAK Kementerian Dalam Negeri;
(k) Menguruskan program utama Jabatan Penjara Malaysia seperti Perhimpunan / Dialog / Amanat Komisioner Jeneral Penjara dan lain-lain program yang melibatkan Jeneral Komisioner Penjara; dan
(l) Mengemaskini maklumat senarai perolehan berkontrak di Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

SEKSYEN PENTADBIRAN 1
a) Unit Pengurusan Pejabat
b) Unit Keurusetiaan dan Pengurusan Dokumen

SEKSYEN PENTADBIRAN 2
a) Unit Penyelenggaraan Fasiliti

SEKSYEN ASET
a) Unit Aset