| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Permohonan Usahasama

Latarbelakang Usahasama

Usahasama mula diperkenalkan pada tahun 1981 di Penjara Pulau Pinang. Perusahaan usahasama diwujudkan atas dasar :-

  * Memberi latihan pekerjaan kepada banduan

* Berinteraksi dengan pihak luar

* Mendapat upah kerja yang lebih baik

Kategori Usahasama

  * Usahasama Luaran

* Syarikat menyediakan bahan mentah, mesin dan penyelaras (supervisor),tempat dan sebagainya

* Jabatan Penjara Malaysia hanya menyediakan tenaga banduan dan pegawai pengiring

* Usahasama Dalaman

* Syarikat menyediakan bahan mentah, mesin dan penyelaras (supervisor)

* Jabatan Penjara Malaysia menyediakan tenaga banduan dan lokasi bengkel

Jenis Perusahaan Yang Dibenarkan

  * Perusahaan yang tidak membahayakan keselamatan dan kesihatan banduan

* Syarikat menyediakan bahan mentah, mesin dan penyelaras (supervisor),tempat dan sebagainya

* Syarat-syarat yang dikenakan :-

  - Memeterai buku perjanjian yang mempunyai 26 fasal
  - Perlu menyediakan 'bank guarantee' dan polisi insuran yang melindungi sejumlah banduan yang dipohon
  - Memperbaharui perjanjian pada setiap 2 tahun
Tatacara permohonan :-

Pihak syarikat yang berminat dalam membantu Jabatan Penjara menyediakan pekerjaan kepada banduan-banduan melalui usahasama ini boleh menghubungi Pegawai Perusahaan institusi penjara yang berhampiran tempat anda untuk mengadakan perbincangan. Antara perkara awal yang akan dibincangkan :-

  * Jenis bahan mentah yang diperlukan/yang digunakan oleh syarikat

* Sumber bahan mentah (tempatan/luar negeri)

* Jenis keluaran yang dihasilkan

* Kemampuan dan latar belakang syarikat

* Gaji yang akan dibayar kepada banduan/tahanan

* Jumlah banduan yang diperlukan

Lain-lain perkara seperti bayaran sewa tapak, api, air, elaun pegawai pengiring (penyelaras kerja) dan sebagainya. Setelah tercapai persetujuan, pihak institusi akan memohon kelulusan daripada Bahagian Pemulihan, dan seterusnya dipanjangkan kepada Ketua Pengarah Penjara.