Panduan Kerjaya di Jabatan Penjara Malaysia Perkembangan Kerjaya Setiap anggota dalam Jabatan Penjara Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk kenaikan pangkat. Kecemerlangan dalam melaksanakan tugas adalah kriteria utama.
Untuk meningkatkan profesionalisme kepenjaraan, pelbagai kursus di dalam dan luar negara turut ditawarkan kepada anggota. Di samping itu, anggota penjara juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di intitusi pengajian tinggi mengikut minat dan kelayakan akademik masing-masing.