Matomo

Penjelasan Mengenai Dakwaan Azilah Bin Hadri Telah Dibawa Keluar Untuk Perjumpaan Dengan VVIP Yang Tidak Dikenali Pada Februari 2019

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penjelasan Mengenai Dakwaan Azilah Bin Hadri Telah Dibawa Keluar Untuk Perjumpaan Dengan VVIP Yang Tidak Dikenali Pada Februari 2019

PENJELASAN MENGENAI DAKWAAN AZILAH BIN HADRI TELAH DIBAWA KELUAR UNTUK PERJUMPAAN DENGAN VVIP YANG TIDAK DIKENALI PADA FEBRUARI 2019 Kajang, 18 Disember 2019 ? Adalah dengan ini Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan bahawa banduan Azilah bin Hadri tidak pernah dibawa keluar dari Penjara Kajang sepanjang tahun 2019. Malah penama TIDAK PERNAH dibawa keluar dari Penjara berkenaan semenjak 15 April 2015. Kali terakhir penama dibawa keluar dari Penjara Kajang adalah pada 15 April 2015 iaitu bagi urusan menghadiri perbicaraan di Mahkamah Majistret Sepang. Pengiringan bagi menghadiri perbicaraan tersebut dilaksanakan setelah Penjara Kajang menerima Perintah Mengemukakan Orang Dalam Jagaan dari Mahkamah Sepang seperti mana di bawah Seksyen 30 Akta Penjara yang mengkehendaki banduan menghadirkan diri di mahkamah seperti mana masa dan tempat yang telah dinyatakan. Berdasarkan rekod, semenjak tarikh tersebut penama tidak pernah dibenarkan untuk dibawa keluar dari Penjara berkenaan untuk apa-apa juga urusan. Rekod lawatan dan perjumpaan juga menunjukkan banduan telah dilawati sebanyak (34) kali oleh keluarga dan (15) kali oleh peguam beliau di Penjara Kajang sejak setahun yang lalu. Lawatan ini dijalankan seperti mana Peraturan 179 Peraturan Penjara 2000 berkenaan lawatan kepada mana-mana banduan akhir. Oleh itu sebarang kenyataan oleh mana-mana pihak yang mengatakan Azilah bin Hadri telah dibawa keluar dari Penjara Kajang pada tahun ini untuk menemui VVIP adalah tidak benar sama sekali. Terima kasih Dikeluarkan Oleh : Jabatan Penjara Malaysia Selangor Darul Ehsan.