NAIB JOHAN
NAMA PESERTA: ABD MAJID BIN AHMAD
NO SMPP: 1-20-06690
INSTITUSI PENJARA: BENTONG
TAJUK CERPEN: LIMA PULUH EMPAT
54 bukan angka yang kecil jika dibandingkan dengan usiaku baru genab 50 tahun.Sekolah Tunas Bakti Telok Mas adalah tempat pertama aku dijatuhi hukuman.Seterusnya, Penjara Pudu,Pengkalan Chepa,Marang,Simpang Rengam,Air Molek,Alor Setar,Taiping,Kajang,Sungai Buloh,Penor dan kini Bentong.Di antaranya ada yang berulang kali aku jejaki, sehingga genap 54 kali ini.Mungkin ada di antara pembaca yang mengenali aku, Black Piper yang biasa di panggil oleh kawan-kawan.
Jerantut tempat lahirku, membesar di Kuantan, pendidikan aku hanya sekadar SRP sahaja.Biasa bagi remaja untuk merasai sesuatu yang baru.Aku juga tidak ketinggalan.Pada umurku baru mencecah 15 tahun,aku sudah berani mencuba.Tanpa memikirkan apakah bahana yang bakal menimpa nanti,aku terus hanyut.Hingga membawa aku ke kancah jenayah.Dadah adalah permulaan derita dan sengsa yang berlarutan hingga kini.
Sewaktu aku berada di Penjara Penor,aku kehilangan insan yang melahirkan dan membesarkan aku.Tanpa sempat memohon ampun dan maaf,ibu telah kembali ke rahmatullah.tanpa dapat melihatnya buat kali terakhir,aku pasrah.Berlaku lagi situasi yang sama waktu aku di Pusat Tahanan Simpang Rengam.Ayah yang aku sayagi pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya.Aku juga tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa untuk melihat ayah.Terkilan,kecewa.Penjara Marang pula menjadi saksi abang yang menjadi teman sejak kecil telah dijemput Allah terlebih dahulu sebelum sempat aku di bebaskan.
Entah mengapa aku masih lagi belum sedar apa yang menimpa diri ini."Engkau memang tak akan berubah!Orang yang hisap dadah dan pencuri macam kau ni mana boleh hidup macam kami,padan muka kau,pergi mampus lagi baik!menyusahkan orang je!,berambus!"Apa perasaan aku waktu itu?Apa kata hatiku?Dendam,sakit hari,benci!,patutkah mereka berkata begitu terhadapku.Keadaan berterusan hinggalah kali ke 54 ini.Aku dipenjarakan dengan kesalahan yang sama.Apa kata anda yang membaca ceritaku ini?.Kata cacian jugakah yang akan aku dapat?.Bukan emas berlian,intan permata atau wang berjuta yang aku tagih untuk berubah.Cukup sekadar dorongan dan perhatian yang berterusan.Letih,lelah,penat,bosan,kecewa,hampa,sakit hati dengan kehidupan yang lalu.
Kesenangan dunia sukar dicari tanpa usaha yang gigih dan beterusan,begitu juga keadaan diriku ini.Bukannya mudah untuk kembali ke pangkal jalan.Aku tak akan mengalah kali ini!.Bukan dunia aku waktu ini tapi aku meminjam dunia dan waktu ini dari Sang Pencipta yang Agong,yang memiliki segalanya.
Kepada semua budiman di luar sana,gunakanlah cerita aku sebagai nasihat kepada insan lain yang masih suci dari dadah dan jenayah.Ingin ku seperti ingin mu,mahuku seperti mahumu.Engkau bahagia,aku juga ingin bahagia.Doakan orang-orang seperti aku diberi petunjuk dan hidayah.Hati kecil aku sentiasa berdoa, Ya Allah,aku hamba Mu yang hina dan tak layak untuk syurga Mu,tapi aku tak akan jemu memohon keampunan dari Mu kerana aku telah tahu Engkau pasti mengampunkan dosaku kerana Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Tanya hati,disana ada jawapan.









