JOHAN
NAMA PESERTA : SITI MAYMONA BINTI BACHTIAR
NO SMPP : 2-10-00966
INSTITUSI PENJARA : PENJARA WANITA KAJANG
TAJUK CERPEN : AMPUNKAN AKU
Sedapnyalah "drumstick" nie..umm…nikmat betullah hidup ni.Uhuk tersedak pulak aku."Allah" aku mimpi rupanya.Aku masih di dalam Sel Bilik Akhir."YA RABB" sampai bila aku harus menghadapi semua ini?.Hari berganti minggu, bulan dan tahun.Sampai bila harus aku menunggu jawapan?Bolehkah aku bebas ataupun pengakhiranku di"chamber"Penjara Utama Kajang?Tamakkah aku?Ego sangatkah aku?Aku lupa pada penciptaku.Aku terlalu angkuh dengan nikmat yang Allah beri selama ini.Aku fikir nasib menyebelahi aku.Aku terus hanyut dengan segala kemewahan.Mewah atas penderitaan keluarga,tangisan ibu yang mengenangkan anaknya seorang penagih dadah.Aku hancurkan kebahagiaan keluarga mereka dengan menjadikan hamba kepada dadah.
Oleh kerana dua kali aku telah terlepas dari tuduhan 39b,aku alpa.Aku memang ditangkap bersam dadah,tetapi tidak disabitkan. Aku bebas dari penjara dengan niat untuk mencari duit banyak bagi menggantikan masa yang telah terlepas sebab aku masuk penjara.Sebaik sahaja aku bebas mahkamah,aku terus cari bos aku Amy.Aku tak terfikir nak cari mak aku.Orang lain kalau terlepas dari tali gantung buat kenduri kesyukuran dekat rumah tapi aku buat kenduri di disco.Pernah sekali"customer"aku Pak Osman orang Indonesia Tanya"Mona,kamu mau berhenti bila di tali gantung ya?".Aku gelak je2.Sekarang bila diingatkan balik betul kata Pak Osman.Hanya bila aku di "BA"aku akui erti penyesalan.Itupun setelah rayuan aku ditolak dari Mahkamah Persekutuan.Padan muka aku!.Betul cakap orang yang aku gila sebab aku tak pernah serik bila ditangkap polis.Adakah sebab aku ada Amy yang boleh selesaikan kes aku atau sebab aku tak nak hidup susah?.Aku pilih jalan ni sebab"fast money,less work".Tetapi kadang-kadang bila aku berurusan dengan tokey-tokey dari Iran,pening kepala aku dengan ragam diorang,"speaking" pun banyak sangat "s" kat depan.Bagi aku, aku lagi suka berurusan dengan Nigeria sebab tak banyak songeh.Aku berkenalan dengan bangsa Nigeria ketika aku bekerja di "Titanium Club".Aku kenal tokey ni kat sana dan ada juga dalam kalangan mereka jadi teman lelaki aku.Aku memang tahu diorang mulut manis,otak bergeliga.Aku marah bila orang cakap aku bodohsebab aku ikut Nigeria.Aku bukan perempuan yang boleh diorang guna untuk hantar dan ambil dadah demi cinta.Prinsip aku"no money,no talk".
Aku buat dadah sebab "duit".Kalau aku kaya tak payah aku ambil risiko ini.Mak dan dadah aku dating ke Malaysia menaiki tongkang untuk cari duit.Dari kecil aku letih hidup miskin.Bila babah disahkan kanser otak,hidup kami sekeluarga menjadi lebih susah.Pada waktu itu,aku dan abang aku bersekolah dan adik lelakiku baru berusia 2 tahun.Mak aku seorang surirumah.Habis semua barang kemas mak aku jual.Tiada seorang pun yang tolong kami.Mak aku fikir macam mana nak cari duit,jaga babah aku yang terlantar.Mak aku tetap cuba buat yang terbaik buat kami sekeluarga.Bila babah dimasukan ke hospital,kadang-kadang mak bawa aku melawat babah.Kami menaiki bas dari Sg Buloh ke Hospital Kuala Lumpur(HKL).sebelum babah meninggal,dia dah tak ingat siapa aku.Aku masih ingat lambaian teakhir babh dari tingkap wad.Lepas seminggu babah meninggal.Bermulalah hidup yang terlalu sukar buat kami.Mak cari kerja dekat semua tempat tetapi malang tiada satu pun yang kosong.Mak Tanya kawan dia,tetapi kawan dia tipu cakap taka da kerja kosong dan sanggup biarkan kami anak yatim ini kelaparan.Pernah di rumah kami sekeluarga tidak dapat tidur sebab kelaparan yang mencengkam.Beras Cuma tinggal satu cawan untuk kami berempat makan.Adik aku merengek kelaparan,duit pun taka da.Mulai hari itu aku berjanji pada diri aku,aku tak nak jadi miskin dan susah.walau apapun jalan yang harus aku ambil.
Bila aku ada duit aku boleh beli apa yang aku nak dan aku boleh makan sampai aku muntah.Aku belajar sampai tingkatan dua sahaja sebab mak tak mampu membiayai kos pembelajaran aku.Bila miskin je mesti orang hina cemuh,aku malu.Aku saying untuk tinggalkan sekolah tetapi aku tiada pilihan.Aku cari kerja dengan hasil yang cepat iaitu dadah sebab aku tiada kesabaran.Aku bekerja dengan bos aku Amy,dia yang lahir dalam keluarga kaya raya pun nak jadi lagi kaya apatah lagi aku yang miskin.Amy ada"customer" yang nak beli dadah tetapi dia taka da stok dadah.Manakala aku pula ada kenalan tokey-tokey Iran dan Nigeria.Amy hanya memberi order dan duit,dan aku pula menyelesaikan segala urusan dadah yang lain.Gaji aku memang lumayan,lebih kurang 10-15 ribu sekali transaksi.Siapa nak bagi duit sebanyak ini dalam masa lima minit?Hidup aku,"dadah,duit,enjoy-repeat".tak ada masa untuk keluarga.
Aku terlalu jauh hanyut ke lembah yang hina yang aku ciptakan sendiri.Tetapi percaturan Allah taka da siapa yang boleh jangka sebab"dia"menyedarkan aku dengan menimpa musibah terhadapku.Aku disamun ketika aku keluar dari bank.Habis suit dan segala isi dalam beg aku.Ketika itu Amy sedang berpantang di Johor Bahru.Amy call aku dan memberi arahan ambil ice 2kg untuk Pak Osman.Aku cakap nanti aku aturkan dengan King lelaki Nigeria.Aku cakap dengan Amy aku tak ada duit,aku baru lepas kena samun.Segala kunci,duit dan barang yang ada dalam beg itu telah disamun.Oleh itu Amy suruh suami dia Apai dan abang dia Ehan untuk dating Kuala Lumpur dan beri duit Rm200 ribu pada aku.Didalam beg aku yang lain aku sediakan botol,timbang,plastic dan segala peralatan yang lain.King "call" aku suruh dating ke Hotel 99 di kepong.Aku pergi ke Hotel 99 menaiki kereta sewa.Apai dan Ehan mengekori akudari belakang dengan kereta lain.Amy mesej,Pak Osman tak cukup duit lagi,ambil setengah kilo dulu dan aku pula mesej King untuk memberitahu perubahan itu."Am coming home,am coming home" ringtone yang aku setkan untuk mak aku berbunyi.Aku pun angkat"May sibuk jap lagi May call balik" itulah jawapan yang selalu aku berikan tapi tak pernah aku tunaikan.Amy mesej aku balik suruh aku ambil 2kg sebab duit Pak Osman dah cukup.Aku dengan benggangnya mesejlah si king dan menyatakan aku nak 2kg.Ketika azan Magrib berkumandang aku pun sampailah dekat koridor hotel.King sudah siap menungguku.King bagi kunci bilik dan suruh aku naik atas manakala dia nak pergi ambil dadah 1 setengah kilo lagi di dalam kereta.Aku masuk bilik dan aku Nampak satu bungkusan makanan "oatroll",aku pun buka dan Nampak Kristal ice.Aku cuba hisap dulu dan timbang setengah kilo cukup.Lebih kurang 10 minit aku tunggu,dah dua batang rokok aku habiskan tapi kelibat King aku tak Nampak lagi.Aku bosan dan bengang.Dalam fikiran aku "ada jugak aku sita ice ni" 50 ribu siapa nak bagi?Ini boleh cucuk bintang sampai pagi.
Aku "call" King,dia cakap "coming babe".Aku dah malas tunggu dah.Aku call Apai dan Tanya"line clear tak kat bawah?"Apai jawab "ye 150% clear!"Aku dengan perasaan tamak dan "happy" turun ke bawah.Aku bagi beg yang berisi duit dekat Apai.Manakala aku masuk kereta dan bersiap sedia untuk menghantar dadah dekat Pak Osman di Sri Maya Kondo.Aku letak beg yang berisi dadah di atas tempat duduk penumpang.Aku pun "start"kereta."Sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah jua",kereta aku di"ambush" oleh sekumpulan lelaki.Mereka mengacukan pistol kea rah kepala aku.Aku Nampak kereta Apai dihalang oleh kereta lain.Apai dan Ehan keluar dari kereta dan cuba melarikan diri tetapi dapat diberkas oleh polis.Aku pun keluar dari kereta,aku rilek je walaupun ada dadah di dalam kereta sebab aku tahu dan aku fikir aku akan selamat,sebab kereta sewa bukan atas nama aku,dan dalam beg itu taka da benda personal aku.Aku cakap dekat Apai dan Ehan bagi"statement"cakap tak tahu apa-apa dan aku suruh diorang dating Kuala Lumpur jumpa aku.Tapi Ehan Si mulut lembik tu cakap dia abang kepada Amy.Lagilah polis nak korek sampai lubang cacing.Amy "Queen of the Drug Malaysia" polis mana yang tak nak tangkap dia? Dahla polis yang tangkap kami dari Bukit Aman,memang taka manlah aku.Pada tahun 2011 aku dan Apai telah ditangkap oleh Polis Bukit Aman tapi kami di bebaskan untuk jadi saksi polis.Kali ini tiada ampun bagi kami.Polis dating periksa rumah kami dan stor simpan dadah di Mont Kiara.Polis tak jumpa apa-apa benda salah.Polis Cuma rampas duit dan barang kemas.Orang gila je yang nak tidur dengan dadah.
Kami pun direman di lokap Pusat Jinjang.Dalam masa yang sama polis dapat "trace" telefon Amy,dan juga dapat info Apai ada dua senjata api yang disorokan di dalam kereta.Aku stress sebab hari-hari polis dating ambil statement aku.Ehan buka mulut dan reka cerita palsu dan mangsanya ialah AKU!.lepas itu polis memberitahu aku mereka sudah lama memerhatikan kegiatan kami.Polis menunjukan fail"Angler catfish".sindiket antara Nigeria,Malaysia dan Indonesia.Setelah 14 hari yang menyeksakan, aku pun dihantar ke mahkamah Jalan Duta.Ehan dan Apai dibebaskan tetapi disambung reman untuk kes senjata api,manakala aku pula di hantar ke Penjara Wanita Kajang.Selepas 10 bulan kes aku dibicarakan di Mahkamah Jalan Duta.Pihak pendawa raya tidak dapat sabitkan aku keran kekurangan bukti tetapi statement polis menyatakan ketika aku ditangkapp,mereka Nampak aku terkejut dan takut.kalau ikutkan logic akal,siapa tak terkejut kalua sekumpulan lelaki dating ketuk cermin kereta dan mengacukan pistol di kepala?tak takut dan terkejut ke?"lawyer" aku Dato Hanif cakap"jangan takut Mona,Allah ada".Dasar lawyer!11/03/2015"Damn" aku kalah kes dan dijatuhakan hukuman gantung di leher sampai mati mandatory.Gelap masa depan aku.Dalam masa yang sama,Amy di tangkap dan dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah,selama 6 bulan.itulah kali terakhir aku dapat contact dia.Selepas dia bebas terus menghilangkan diri daripada aku.
Kes aku kalah di Mahkamah Rayuan dan Persekutuan.Aku terlalu stress untuk menghadapi hari-hari yang mendatang,tak tahu bila Agong boleh "Ampunkan aku".Dalam masa yang sama salah seorang dari banduan akhir dijatuhi hukuman gantung sampai mati.Ketika aku menolong kemas barang dia untuk dibawa ke "chamber" Penjara Utama Kajang,aku berasa macam aku yang nak pergi ke sana.Aku berasa macm jalan di awing-awangan.Adakah pengakhiran sama seperti dia?Hati gundah tidak terkata,di tempat orang diri merana.Mak aku dating melawat aku dan air mata selalu menemani mak."YA Allah!" besarnya dosaku terhadap mak aku.Sesak nafas aku.Mak aku sudah terlalu tua dan sakit untuk berjalan."Mak,May rindu mak" mak aku jawab"apa nak jadi nak?Dulu mak ‘call’ May tapi selalu May "busy",sekarang Allah dah Tarik nikmat yang May sia-siakan.Bila May nak balik?Mak tak tahu sampai bila mak boleh tunggu May.Mak harap sebelum mak tutup mata May boeh balik.Mak sayang sangat dengan May.Mak harap andai mak taka da nanti jangan buat dadah lagi .Aku terlalu takut andai mak aku pergi ketika aku masih di dalam penjara.Kebebasan masih aku harapkan sehingga kini.walaupun aku tahu ianya terlalu sukar untuk aku kecapi.
"Lebih Baik Cegah" daripada merana di kemudian hari,aku sedar dan insaf bukan duit penentu segala kebahagian.Kemewahan yang seketika itu,nyawa aku jadi cagaran.Nikmat hanya seketika,dosa mengejarku sepanjang masa.Dadah tidak menjadikan aku penagih,tetapi dadah menjadikan aku pembunuh tanpa kenal siapa mangsaku.Dari pengalaman aku di penjara,tiada seorang pun yang hidup berkecimpung dalam dadah merasai ketenangan.
Ya Allah,ampunkanlah segala dosaku."kau"berikanlah aku peluang untuk aku kembali kepada keluargaku sihat dan bernyawa,andai nyawaku di cabut untuk balasan atas dosaku janganlah kau azabku dinerakaMU.sesungguhnya aku tidak mampu menanggung azabMu.Amin.Kini tiada lagi"Dadah,Duit,Enjoy-Repeat" yang membawa aku ke neraka tetapi "Solat,Taubat,Doa-Repeat".Semoga aku diampun dan merasai kebebasan sekali lagi.









