Matomo

Program Minggu Kerjaya Dan Keusahawanan Prospek Tahun 2026 Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Minggu Kerjaya Dan Keusahawanan Prospek Tahun 2026 Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA

Pada 30 September 2026 (Rabu), telah dilaksanakan Program Minggu Kerjaya dan Keusahawanan Prospek bertempat di Blok Klinik, Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA dengan penyertaan seramai 100 orang prospek. Program ini bertujuan memberikan pendedahan berkaitan peluang kerjaya, keusahawanan serta bantuan dan sokongan yang bersesuaian sebagai persediaan sebelum dibebaskan. Program ini melibatkan kerjasama agensi seperti PERKESO, JKM, JTK, MARA, SEDC serta Encik AD Leong@Leong Bon Huat, selaku Ikon Jabatan Penjara Malaysia (Koreksional dan Rehabilitasi). Turut diadakan ialah pameran agensi dan hebahan Program Low Income Family Empowerment (LIFE) oleh Unit Kebajikan institusi. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Korektif, TPP Mohammad Noor Asyraf bin Mohammad Fadhil diiringi KIP Eddy Riza bin Subpei, Program berakhir pada jam 2.00 petang.