Matomo

Sesi Libat Urus Dan Lawatan Tapak Oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri Bagi Pembinaan Kuarters Di Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sesi Libat Urus Dan Lawatan Tapak Oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri Bagi Pembinaan Kuarters Di Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA

Pada 8 September 2026 (Selasa), telah diadakan sesi libat urus dan lawatan tapak oleh Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri bagi pembinaan kuarters di Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA yang diketuai oleh Encik Eris Jemadi bin Tajudin, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir ialah TKP Rahmat bin Abdul Rani, Pengarah Bahagian Pembangunan dan Profesionalisme, PKP Zakaria bin Mat Jusoh, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA, serta wakil daripada Bahagian Dasar Kepenjaraan dan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Program yang bermula pada jam 2.00 petang ini dimulakan dengan taklimat ringkas di Bilik Mesyuarat institusi dan seterusnya lawatan ke tapak pembinaan kuarters dan seluruh kawasan penjara.