Matomo

Sambutan Karnival Sukan Sempena Bulan Kemerdekaan Peringkat Orang Diselia (ODS) Tahun 2026 Di Pusat Koreksional Jasin Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Karnival Sukan Sempena Bulan Kemerdekaan Peringkat Orang Diselia (ODS) Tahun 2026 Di Pusat Koreksional Jasin Melaka

Pada 28 Ogos 2026 (Jumaat), Majlis Penutupan Sukan Sempena Hari Kemerdekaan Peringkat Orang Diselia (ODS) telah diadakan di Padang Bola Sepak Pusat Koreksionsal Jasin (PK Jasin). Majlis ini telah dirasmikan oleh PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah PK Jasin. Turut hadir PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah PK Jasin, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, Encik Mohamad Ridwan bin Maming, Pegawai Psikologi, Pegawai Kanan, kakitangan dan anggota PK Jasin. Program sukan ini melibatkan seramai (220) ODS dibahagikan kepada (8) kontinjen. Program  Sukan ini telah bermula pada awal bulan Ogos 2026 melibatkan pelbagai acara sukan seperti Bola Tampar, Bola Sepak, Futsal, Tarik Tali, Sepak Takraw dan Sukaneka. Kemuncak majlis ini adalah penyampaian hadiah kepada pemenang dan diserikan dengan persembahan nyanyian oleh Kumpulan Busking ODS. Tujuan Program Sukan ini dilaksanakan adalah sebagai salah satu medium pemulihan melalui semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan di antara ODS. Penyelaras program ini ialah Insp Mohd Izham bin Rosly. Pengurusan PK Jasin merakamkan penghargaan kepada semua warga kerja PK Jasin yang terlibat demi menjayakan program sukan sempena sambutan bulan kemerdekaan.