Matomo

Pertandingan Khutbah 2026 Peringkat Penghuni Penjara Taiping

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pertandingan Khutbah 2026 Peringkat Penghuni Penjara Taiping

Pertandingan Khutbah 2026 Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Rabu, 19 Ogos 2026 di Surau Al-Hidayah Penjara Taiping. Pertandingan ini diadakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1448H dan terbuka kepada semua penghuni beragama Islam. Pertandingan ini diadakan bagi meningkatkan lagi kecintaan terhadap para Nabi dan Rasul dan memberi kesedaran akan pentingnya mengamalkan Sunnah Nabi SAW dalam kehidupan seharian serta mencungkil bakat-bakat baru dalam penyampaian khutbah. Hadiah kepada penghuni yang mendapat markah tertinggi akan disampaikan dalam Majlis Penutup Sambutan Maulidur Rasul 1448H yang akan diadakan pada minggu ke-4 bulan September 2026.