Matomo

Program Semarak Kemerdekaan Peringkat Prospek Penjara Simpang Renggam Tahun 2026

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Semarak Kemerdekaan Peringkat Prospek Penjara Simpang Renggam Tahun 2026

Pada 28 Ogos 2026 (Jumaat) bertempat di Padang Riadah Prospek, Penjara Simpang Renggam, telah diadakan Program Semarak Kemerdekaan Peringkat Prospek Penjara Simpang Renggam Tahun 2026. Program ini merupakan salah satu inisiatif bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan prospek, di samping menjadi wadah untuk memupuk nilai perpaduan, kerjasama dan semangat kekitaan.

Program telah dirasmikan oleh Puan Hajah Azurawati Binti Wahid, Pegawai Daerah Kluang. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Komisioner Penjara Ahmad Mustaqim bin Che Bisi, Pengarah Penjara Simpang Renggam; Haji Mohd Norman bin Haji Noh, Pentadbir Tanah Kluang; Encik Mohd Fadli bin Latiff, wakil Yang Dipertua Majlis Daerah Simpang Renggam; Penguasa Penjara Muhamad Naim bin Hj. Amir; pegawai kanan dan anggota kakitangan serta prospek Penjara Simpang Renggam.

Program dimulakan dengan tayangan montaj yang memaparkan pelaksanaan serta penglibatan prospek sepanjang Program Semarak Kemerdekaan. Acara diteruskan dengan ucapan aluan oleh TKP Ahmad Mustaqim bin Che Bisi, Pengarah Penjara Simpang Renggam, diikuti dengan persembahan daripada para pemenang pertandingan Program Semarak Kemerdekaan yang telah berjaya menceriakan suasana majlis.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Puan Hajah Azurawati binti Wahid, Pegawai Daerah Kluang yang turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jawatankuasa pelaksana, peserta serta pihak-pihak yang terlibat atas komitmen, dedikasi dan kerjasama yang diberikan bagi memastikan Program Semarak Kemerdekaan Peringkat Prospek Penjara Simpang Renggam Tahun 2026 dapat dilaksanakan dengan jayanya.