Matomo

Majlis Kempen Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Penjara Simpang Renggam Johor Tahun 2026

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Kempen Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Penjara Simpang Renggam Johor Tahun 2026

Simpang Renggam, 7 Ogos 2026 (Jumaat) - Bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Simpang Renggam, Johor telah diadakan majlis gimik pelancaran bulan kemerdekaan kali ke-69. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Komisioner Penjara Ahmad Mustaqim bin Che Bisi Pengarah Penjara Simpang Renggam bersama Timbalan Pengarah PSR, PKP Nor Hazran bin Che Abd Llah, Penguasa Penjara Muhamad Naim bin Hj Amir Pegawai – Pegawai Kanan, Anggota Lain-Lain Pangkat serta Kakitangan Awam. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Johor, Negaraku, dan Jalur Gemilang diikuti upacara gimik meletakan Bendera Jalur Gemilang kepada kenderaan Jabatan.

Selain itu, Blok Penempatan Prospek Penjara telah menerima sumbangan alat mengajar dan barangan sukan. Semoga bantuan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam menyokong pembelajaran, pembangunan sahsiah serta aktiviti riadah penghuni. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dan menjayakan usaha murni ini.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran murid-murid dari Tadika Kemas Penjara Simpang Renggam Johor bersama tenaga pengajar. Pelaksanaan gimik sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-69, yang bertujuan membangkitkan semangat patriotisme serta menarik perhatian masyarakat terhadap tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.