Pada 18 Ogos 2026 (Selasa), telah diadakan Kursus Pemantapan Integriti Siri 1/ 2026 bagi kakitangan Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA anjuran Unit Latihan Institusi (ULIN) dengan kerjasama Pegawai Integriti institusi. Seramai 20 orang kakitangan telah terlibat pada kali ini. Program dimulakan dengan ceramah berkaitan Anti Bribery Management System (ABMS) ISO 37001:2016 yang telah disampaikan oleh PPP Mohd Jack Tutol Abdullah. Manakala ceramah berkaitan integriti yang bertajuk “Integriti Bermula Daripada Diri, Dibudayakan Bersama, Diteruskan Selamanya" telah disampaikan oleh ASP Johnny anak James Bujang, Ketua Bahagian Pengurusan Daerah, IPD Cawangan Bintulu, Sarawak. Kursus ini merupakan inisiatif pihak institusi bagi memperkukuh dan memupuk budaya integriti, etika kerja serta akauntabiliti dalam kalangan kakitangan. Majlis ucapan penghargaan dan penutupan telah disempurnakan oleh PKP Zakaria bin Mat Jusoh, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Program diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan sijil kepada penceramah dan para peserta kursus.










