Pada 13 Ogos 2026 (Khamis), telah berlangsung Program Outreach Jalinan Kasih Sempena Sambutan Kuih Bulan (Mooncake Festival) Peringkat Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin). Persatuan Tzu Chi Foundation Malaysia (Melaka) bermurah hati menyumbangkan makanan untuk meraikan Orang Diselia (ODS). Seramai 13 Orang ODS bersama keluarga telah hadir dalam majlis tersebut. Persatuan Tzu Chi Foundation Malaysia (Melaka) diwakili oleh Encik Tan Kwang Fatt, CEO Persatuan , Mrs. Mei Low Loke Chean, penyelaras dan 4 orang ahli persatuan. Turut hadir Puan Yo Bee Kiow, Pengusaha Syarikat Ever Delicious Food Industries Sdn. Bhd dan Puan Tan Yow Jiuan, Ketua Komuniti Jasin. PP Mohd Rehan Bin Khamis, Timbalan Pengarah PK Jasin, TPP Rafizi bin Ramli , Encik Muhamad Ridwan bin Maming, Pegawai Psikologi PK Jasin dan KIP Mohd Rizuan bin Osman, anggota unit pemulihan dan kakitangan PK Jasin turut sama hadir meraikan para tetamu. Pengurusan PK Jasin merakamkan penghargaan kepada Persatuan Tzu Chi Foundation Malaysia (Melaka) dan semua warga PK Jasin yang menjayakan program ini demi memperkasakan program pemulihan di institusi.










