Matomo

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Pusat Koreksional Jasin Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Pusat Koreksional Jasin Melaka

Pada 5 Ogos 2026 (Rabu) bertempat di Dewan MD2 Pusat Koreksional Jasin telah diadakan Sambutan menyambut Bulan Kemerdekaan, Kempen Kibarkan Jalur Gemilang dan Dialog Bulanan. Program ini dihadiri oleh PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah PK Jasin, PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah PK Jasin, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, TPP Rafizi bin Ramli, Doktor Mohd Mahdzan bin Mazelan dan En. Muhamad Ridwan bin Maming, Pegawai Psikologi, pegawai kanan, anggota dan kakitangan PK Jasin. Aktiviti yang dilaksanakan adalah mengadakan kuiz kemerdekaan dan hadiah tempat pertama dan ketiga telah diberikan kepada pemenang kuiz kemerdekaan. Pengurusan PK Jasin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota dan kakitangan yang terlibat di dalam program yang amat bermakna ini.