Pada 06 Ogos 2026 (Khamis), Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin) telah mengadakan Program Outreach di perusahaan penanaman dan penghasilan cendawan bersama Pertubuhan Peladang Kawasan Jasin dan syarikat ZNR Mushroom House Agroland dengan penglibatan Orang Diselia (ODS) dari Pusat Koreksional Jasin, Melaka. Seramai 05 Orang Diselia (ODS) terlibat dalam program ini. Anggota PK Jasin yang mengiringi ialah KPL Shahrull Azhar bin Md Sihat dan WDR Mohamad Zharif bin Mohamad Amin. Turut hadir TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, Ketua Bahagian Korektif PK Jasin dan KIP Abdul Haiyy bin Md Ghaus, Pegawai Vokasional dan Industri PK Jasin. Anggota dan ODS telah disambut oleh Pengerusi Peladang Kawasan Jasin YBhg. Datuk Haji Ahmad bin Baharuddin. ODS diberi peluang untuk melakukan kemahiran asas penanaman cendawan bermula dari proses awal hingga terhasilnya cendawan yang akan dijual kepada masyarakat setempat. Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Jasin turut berinteraksi dan berbincang bersama pegawai serta ODS mengenai potensi kerjasama jangka panjang dalam pembangunan perusahaan tanaman cendawan sebagai pendapatan tambahan kepada ODS. Pengurusan PK Jasin merakamkan penghargaan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Jasin dan Syarikat ZNR Mushroom House Agroland yang memberi peluang pekerjaan kepada ODS. Setinggi tinggi penghargaan juga diberikan kepada semua anggota di PK Jasin yang terlibat dan menyelaras program ini. Pusat Koreksional Jasin komited menyertai program Outreach demi menyumbang bakti kepada komuniti sekitar.










