Matomo

Program Mekar, Penggantian Kad Pengenalan Kepada Orang Diselia (ODS) Oleh Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Melaka Siri 2/2026 Di Pusat Koreksional Jasin Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Mekar, Penggantian Kad Pengenalan Kepada Orang Diselia (ODS) Oleh Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Melaka Siri 2/2026 Di Pusat Koreksional Jasin Melaka

28 Julai 2026 (Selasa) telah diadakan Program Penggantian Kad Pengenalan kepada Orang Diselia (ODS) daripada Unit Mobile Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) MEKAR Negeri Melaka. Program penggantian kad pengenalan merupakan kali ke dua diadakan pada tahun ini yang melibatkan kerjasama strategik antara Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin) dengan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Melaka. Program ini dianjurkan oleh Unit Kebajikan Pusat Koreksional Jasin bagi membantu ODS yang kehilangan serta penggantian kad pengenalan. Seramai 4 orang pegawai JPN Negeri Melaka yang diketuai oleh Puan Nurul Adha binti Laji dan  Encik Zakaria bin Abd Wahid daripada Bahagian MEKAR dan Korporat JPN Negeri Melaka telah hadir. Seramai 21 Orang Diselia (ODS) terlibat dalam program penggantian kad pengenalan ini. Turut hadir menjayakan program ini PKP Shaharudin bin Ahmad Pengarah Pusat Koreksional Jasin, SI Sa’ban bin A.Rahim, Puan Lafizah binti  Abdul Latip dan Encik Hasnizam bin Kamaludin iaitu Pegawai Kebajikan PK Jasin yang bertindak sebagai penyelaras. Pengurusan PK Jasin merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Melaka dan semua warga kerja PK Jasin yang menjayakan program ini.