Matomo

Program Lawatan Oleh YB Dato’ Haji Rashidi Bin Zinol, Exco Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi Dan Keterjaminan Makanan Dan Keusahawanan Negeri Pulau Pinang Ke Pusat Koreksional Jasin, Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Lawatan Oleh YB Dato’ Haji Rashidi Bin Zinol, Exco Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi Dan Keterjaminan Makanan Dan Keusahawanan Negeri Pulau Pinang Ke Pusat Koreksional Jasin, Melaka

Pada 6 Julai 2026 (Isnin), Pusat Koreksional Jasin Melaka (PK Jasin) telah menerima lawatan dari YB Dato’ Haji Rashidi bin Zinol, Exco Pembangunan Luar Bandar, Agroteknologi dan Keterjaminan Makanan dan Keusahawanan Negeri Pulau Pinang bersama Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Pulau Pinang, Tuan Haji Muhamad Yusni bin Ramelan. Ketibaan YB Dato’ Exco telah disambut oleh PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah PK Jasin, PP Mohd Rehan Bin Khamis Timbalan Pengarah PK Jasin dan TPP Razrin Hamidi Bin Abdul Razak. Turut Hadir Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan Encik Ary Putra bin Tajuddin. Program bermula dengan taklimat yang diberikan oleh Timbalan Pengarah PK Jasin, PP Mohd Rehan bin Khamis berkenaan program-program yang dilaksanakan di PK Jasin dan seterusnya adalah sesi demonstrasi penghasilan Silaj Nanas yang disampaikan oleh KIP Abdul Haiyy bin Md Ghaus. Lawatan bertujuan melihat sendiri perlaksanaan kaedah sekali tanam dan tiga kali tuaian yang dilaksanakan oleh PK Jasin sebagai rujukan dan penanda aras, seterusnya menilai kesesuaiannya untuk diperluaskan perlaksanaannya di Negeri Pulau Pinang. PK Jasin merakamkan penghargaan kepada semua anggota dan kakitangan di Pk Jasin yang menyelaras program ini. PK Jasin sentiasa komited menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi lain dalam menyumbang bakti kepada masyarakat.