Matomo

Program Outreach Korektif Atau Jalinan Kasih Sempena Sambutan Maal Hijrah 1448h Peringkat Pusat Koreksional Jasin Melaka Dengan Kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM)

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Outreach Korektif Atau Jalinan Kasih Sempena Sambutan Maal Hijrah 1448h Peringkat Pusat Koreksional Jasin Melaka Dengan Kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM)

6 Julai 2026 (Isnin) bersamaan 20 Muharam 1448H telah berlangsung Program Outreach Korektif Sempena Sambutan Maal Hijrah bertempat di Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin). Program Outreach Korektif atau Jalinan Kasih  Sempena Sambutan Maal Hijrah telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Program diserikan dengan kehadiran 10 keluarga Orang DiSelia (ODS), kakitangan Jabatan Agama Islam Melaka, wakil ketua-ketua institusi Penjara Negeri melaka, anggota dan kakitangan PK Jasin. Ceramah kekeluargaan bertajuk "Lelaki Hebat Berjiwa Al-Quran" telah  disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustazah Nazirah binti Abu Bakar. Dalam penyampaian beliau, peserta diberi penekanan tentang kepentingan membina hubungan kekeluargaan yang harmoni, menghayati nilai kasih sayang, kesabaran dan keinsafan, serta menjadikan semangat hijrah sebagai titik permulaan untuk berubah ke arah kehidupan yang lebih bermakna. Turut hadir ialah PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PP Mohd Rehan bin Khamis Timbalan Pengarah Pusat Koreksional Jasin dan Ustaz Haji Muhamad Adib bin Hatim Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JAIM. Penyelaras program ialah Ustaz Abdul Lathif bin Ismail pegawai JAKIM yang bertugas di PK Jasin. Pengurusan PK Jasin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JAIM sebagai penaja utama program dan seluruh anggota serta kakitangan yang hadir bagi menyokong program pemulihan kepada ODS.