Matomo

Ceramah Maal Hijrah 1448H Peringkat Penghuni Penjara Taiping

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Ceramah Maal Hijrah 1448H Peringkat Penghuni Penjara Taiping

Ceramah Maal Hijrah 1448H Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Rabu, 24 Jun 2026 bersamaan 08 Muharram 1448H di Dewan Ngah Ibrahim, Penjara Taiping. Antara pengisian program ialah Ceramah Maal Hijrah 1448H yang disampaikan oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Haji Mohd Zaki bin Ahmad, Mudir Madrasah At-Tazkiyyah dan Sesi Soal Jawab bersama penghuni. Program ini merupakan program tahunan yang diadakan pada setiap awal tahun hijri bagi memberi kesedaran kepada penghuni berkaitan peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW agar dapat dijadikan iktibar dalam kehidupan seharian. Penyampaian Cenderahati kepada penceramah telah disempurnakan oleh PP Shahrul Izzat bin Hamid, Timbalan Pengarah Penjara Taiping. Program bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari yang melibatkan seramai 300 orang penghuni.