Pada 10 Jun 2026 (Rabu) telah diadakan Program Saringan TIBI dan X-Ray kepada Orang Diselia (ODS) di Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin). Program ini adalah kolaborasi di antara Pusat Koreksional Jasin dan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM). Program ini menggunakan khidmat pengimejan X-Ray secara bergerak daripada Twin Towers Mobile Clinic diketuai oleh Dr. Nur Za’imah binti Zainal (Pakar Perubatan Kesihatan Awam), Dr. Muhammad Akmal bin Shamil (Pegawai Perubatan KK Jasin), Penolong Pegawai Perubatan, Hairul bin Idris serta 2 pegawai juru X-ray dari Twin Towers Mobile Clinic. Pegawai perubatan JKNM disambut oleh PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah PK Jasin, PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah, Dr. Mohd Mahdzan bin Mazelan, Pegawai Perubatan PK Jasin dan Encik Muhammad Shukri bin Roslan, Penolong Pegawai Perubatan. Program ini bertujuan untuk memastikan tahap kesihatan ODS sentiasa berada dalam keadaan baik serta membantu pengesanan awal penyakit berjangkit Tuberculosis demi memberi rawatan awal dan mencegah penularan penyakit. Pihak pengurusan PK Jasin amat menghargai jasa baik JKNM untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada ODS. Penghargaan juga diberikan kepada kakitangan perubatan yang bertugas di PK Jasin dan semua anggota bertugas yang membantu menjayakan program saringan ini.










