Matomo

Jalinan Kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) Dan Pusat Koreksional Jasin Melalui Program Pemuliaan Al-Quran

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Jalinan Kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) Dan Pusat Koreksional Jasin Melalui Program Pemuliaan Al-Quran

Pada 27 dan 28 April 2026 (Isnin dan Selasa), Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM) dengan kerjasama  Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin) telah mengadakan Program Pemuliaan Al-Quran. Program ini didadakan di Pusat Pemuliaan Al -Quran Jasin Melaka iaitu di dalam Kawasan Masjid Al Ghaffar   Tujuan program ini diadakan ialah mendidik  kefahaman secara praktikal mengenai cara pelupusan Al-Quran dan  pelupusan bahan penerbitan berunsur Islam yang telah rosak supaya mengikut garis panduan yang ditetapkan. Seramai 5 anggota serta kakitangan PK Jasin  dan 10 Orang Diselia (ODS) telah menyertai program ini. Manakala JAIM diihadiri oleh 6 orang kakitangan yang diketuai oleh Ustaz Mohd Idzwan bin Suluddin dan Ustazah Asura binti Ebrahim. Turut hadir mewakili PK Jasin ialah PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah PK Jasin, Ustaz Abd Lathif bin Ismail, Ustaz Muhammad bin Abdullah, SI Sa’ban bin A. Rahim  dan anggota serta kaitangan lain. Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan penghargaan kepada semua anggota dan kakitangan yang terlibat dan juga kepada pihak JAIM dalam menjayakan program yang sungguh bermakna ini.