Matomo

Kunjung Hormat Oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Melaka Ke Pusat Koreksional Jasin Bagi Pelaksanaan Program Bimbingan Seni Budaya Pada Tahun 2026

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kunjung Hormat Oleh Pengarah Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Melaka Ke Pusat Koreksional Jasin Bagi Pelaksanaan Program Bimbingan Seni Budaya Pada Tahun 2026

Pada 31 Mac 2026 (Selasa) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Negeri Melaka telah mengadakan kunjungan hormat bagi cadangan pelaksanaan Program Bimbingan Seni Budaya di Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin). Kunjungan hormat ini diketuai oleh Cik Ezlina binti Alias, Pengarah JKKN Negeri Melaka bersama 5 kakitangan JKKN terdiri daripada tenaga pengajar kesenian. Kunjungan hormat ini disambut oleh PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah PK Jasin, PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah PK Jasin, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, TPP Rafizi bin Ramli dan KIP Mohd Rizuan bin Osman, Ketua Unit Pemulihan PK Jasin. Kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan kerjasama bagi pelaksanaan Program Kesenian iaitu kesenian alatan muzik tradisional ‘Caklempong’ yang akan diajar kepada Orang Yang Diselia (ODS) yang berbakat. Selain itu,kedua-dua jabatan saling bertukar-tukar pandangan berkenaan perancangan untuk menggalakkan perkongsian maklumat berkaitan peranan kesenian sebagai satu cabang dalam terapi pemulihan. Kunjungan tersebut juga diraikan dengan persembahan muzik Busking dan nyanyian oleh oleh ODS di Kawasan Taman “Green Prison”. Pengurusan PK Jasin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Melaka dan semua warga PK Jasin yang menyokong serta terlibat dalam mempelbagaikan program pemulihan melalui kesenian dan muzik.