Matomo

Program Memasak Dan Edaran Bubur Lambuk Anjuran Pusat Koreksional Jasin Melaka Dengan Kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Jasin Melaka Pada Tahun 2026/1447H

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Memasak Dan Edaran Bubur Lambuk Anjuran Pusat Koreksional Jasin Melaka Dengan Kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Jasin Melaka Pada Tahun 2026/1447H

10 Mac 2026 (Selasa) bersamaan 20 Ramadan 1447H, Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin) dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Cawangan Jasin dan AKRAB PK Jasin telah menganjurkan Program Memasak & Edaran Bubur Lambuk Peringkat Kakitangan. Program telah bermula seawal jam 7.30 pagi dengan aktiviti gotong royong memasak bubur lambuk dan membungkus bubur lambuk untuk edaran dengan disertai oleh seluruh warga kerja PK Jasin, Kakitangan Bank Islam Cawangan Jasin dah Ahli Akrab PK Jasin. Agihan bubur lambuk telah disertai oleh semua kakitangan PK Jasin, Bank Islam, Ahli AKRAB dengan diketuai oleh PKP Shaharudin bin Ahmad Pengarah Pusat Koreksional Jasin, Pengurus Bank Islam Cawangan Jasin Tuan Muhammad Jundullah Bin Nadzri, PP Mohd Rehan bin Khamis (Timbalan Pengarah PK Jasin), TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, TPP Rafizi Bin Ramli Doktor Mohd Mahdzan bin Mazelan, En Muhamad Ridwan bin Maming (Pegawai Psikologi) selaku Penyelaras Program bersama Ustaz Abdul Lathif bin Ismail. Edaran telah diadakan kepada orang awam yg melalui Jalan Lipat Kajang berhadapan Pusat Koreksional Jasin. Disamping itu edaran juga diberikan kepada Jabatan Bomba, Jasin, Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin dan Hospital Jasin. Pihak pengurusan PK Jasin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bank Islam Cawangan Jasin dan semua warga kerja PK Jasin yang terlibat dalam menjayakan Program Memasak dan Edaran Bubuk Lambuk edisi 2026 tahun ini.