Matomo

Majlis Iftar Ramadan Peringkat Kakitangan Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA Tahun 2026

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Iftar Ramadan Peringkat Kakitangan Pusat Koreksional Bintulu / PPK / PPA Tahun 2026

Pada 12 Mac 2026 (Khamis) telah diadakan Majlis Iftar Ramadan Peringkat Kakitangan Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/PPA bertempat di Dewan PERSIAP institusi. Majlis dimulakan dengan khatam Al-Quran yang disertai pegawai dan anak-anak kakitangan yang diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Wan Yusuf bin Wan Mumin, diikuti penyampaian saguhati kepada Imam dan Bilal yang bertugas sepanjang bulan Ramadan dan saguhati kepada peserta tadarus. Majlis diteruskan dengan berbuka puasa, solat magrib, isya dan tarawih berjemaah serta moreh. Turut hadir memeriahkan majlis ialah TPP Muhammad Syahiran bin Che Noh, TPP Mohammad Noor Asyraf bin Mohammad Fadhil, kakitangan dan keluarga. Penganjuran program seperti ini diharapkan dapat mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan kakitangan disamping menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan melalui aktiviti keagamaan yang bermanfaat. Majlis berakhir pada jam 10.00 malam.