Matomo

Program Khatam Al-Quran Dan Iftar Jamaie Peringkat Orang Diselia Pusat Koreksional Jasin Melaka Bagi Tahun 1447H/2026M

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Khatam Al-Quran Dan Iftar Jamaie Peringkat Orang Diselia Pusat Koreksional Jasin Melaka Bagi Tahun 1447H/2026M

4 Mac 2026 bersamaan 15 Ramadan 1447H (Rabu), telah berlangsung Program Khatam Al-Quran dan Iftar Jamaie di Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin). Seramai 42 peserta tadarus dikalangan penghuni telah memulakan bacaan tadarus Al-Quran bermula dari 1 Ramadan dan telah mengkhatamkan bacaan Al-Quran pada petang tersebut. Acara kemuncak adalah Program Iftar Jamaie dengan pengisian penyampaian Program Semarak Kasih sumbangan pendidikan dan kesihatan kepada beberapa kakitangan PK Jasin. Seterusnya penyerahan Mock Cheque Zakat Fitrah bagi 359 Orang DiSelia berjumlah RM2,872.00 diserahkan oleh wakil penghuni kepada Pengarah Operasi Zakat Melaka Encik Noorzakry bin Nor Jamal. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Penjara Negeri Melaka iaitu TKP Rosman bin Norman@Normin. Turut hadir TKP Khairil Nizam bin Anuar Pengarah Penjara Sungai Udang , PKP Shaharudin bin Ahmad Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PKP Triyo Kurniawan bin Kusmadi,  Pengarah Sekolah Henry Gurney, PP Mohd Rehan bin hamis Timbalan Pengarah PK Jasin, Wakil-wakil ketua institusi penjara negeri Melaka, Pejabat Agama Islam Daerah Jasin dan Mudir serta pelajar Madrasah Tahfiz Oli Sempang Kerayong Jasin. Penyelaras program ialah UstazAbdul Lathif bin Ismail. Pihak Pengurusan PK Jasin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tetamu jemputan, ahli jawatankuasa program  dan semua warga PK Jasin  yang terlibat dalam menjayakan program yang amat bermakna ini.