Majlis Berbuka Puasa 1447H Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Rabu, 04 Mac 2026 bersamaan 14 Ramadan 1447H di Dewan Ngah Ibrahim, Penjara Taiping. Antara pengisian program ialah persembahan qasidah oleh Kumpulan Qasidah Penghuni, Amanat daripada YDH PKK Rizalma bin Che’ Abd Hamid, Pengarah Penjara Taiping, Bacaan Yasin dan Tahlil serta Doa Selamat yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Asy-Syahid bin Zulkipli, Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib Berjemaah. Majlis turut dihadiri oleh para pegawai kanan serta anggota penjara. Majlis bermula jam 6.15 petang dan berakhir sekitar jam 8.15 malam dan disertai oleh 250 orang penghuni. Penghuni-penghuni lain turut menikmati juadah berbuka puasa istimewa di blok penempatan masing-masing.










