Pada 13 Februari 2026 (Jumaat) telah diadakan pelepasan Ihsan Madani sebelum sempena sambutan Perayaan Tahun Baru Cina melibatkan Orang Diselia (ODS) di Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin). Pelepasan awal ini melibatkan (6) orang Pelepasan Secara lesen dan (1) orang bebas tamat tempoh. Pelepasan dan pembebasan dilakukan oleh PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah PK Jasin, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, anggota Unit Pendaftar, anggota Unit Parol dan kakitangan Unit Kebajikan. Penyelaras program ialah KIP Mohd Rizuan bin Osman dan KIP Mohd Amin bin Daud. Semoga pembebasan awal ini dapat memberi peluang kepada ODS yang layak, untuk kembali ke pangkuan keluarga serta masyarakat seterusnya menjadi pekerja yang produktif untuk berbakti kepada komuniti dan negara. Pengurusan PK Jasin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada pegawai, anggota dan kakitangan serta semua unit yang terlibat dalam pelepasan Ihsan Madani yang sungguh bermakna ini.










