Pada 13 Februari 2026 (Jumaat) Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Seminar Integriti bertajuk Gangguan Seksual Di Tempat Kerja bertempat di Bilik Seminar MD2. Penceramah jemputan ialah Timbalan Ketua Polis Daerah Jasin Melaka iaitu DSP Nor Azlinda binti Nordin. Program ini melibatkan seramai 40 orang peserta. Turut hadir PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah PK Jasin ,TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, pegawai kanan, anggota lain-lain pangkat dan kakitangan awam daripada PK Jasin serta anggota dari institusi Penjara Negeri Melaka. Penganjuran seminar ini bertujuan meningkatkan dan menekankan prinsip moral yang positif dalam pekerjaan. Penyelaras program ialah KIP Raffi bin Tuminoh dari Unit Latihan PK Jasin. Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan penghargaan kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Jasin, semua warga kerja PK Jasin dan anggota dari institusi Penjara Negeri Melaka yang hadir untuk menjayakan kursus integriti ini.










