Matomo

Pusat Koreksional Jasin Melaka Telah Memperolehi Perak Dalam Pertandingan Kreativiti Dan Inovasi (CITEC) Tahun 2026 Anjuran Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Di Adtec Kampus Taiping Perak

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Pusat Koreksional Jasin Melaka Telah Memperolehi Perak Dalam Pertandingan Kreativiti Dan Inovasi (CITEC) Tahun 2026 Anjuran Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Di Adtec Kampus Taiping Perak

Pada 11 dan 12 Februari 2026 telah berlangsung Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) tahun 2026 di ADTEC Kampus Taiping, Perak anjuran Jabatan Tenaga Manusia. Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin) telah menyertai pertandingan ini dalam kategori Germanium bidang Alam Sekitar dan Tenaga. Daripada 380 projek inovasi bagi (7) bidang yang dipertandingkan, sebanyak 340 projek inovasi telah berjaya ke peringkat akhir termasuk Pusat Koreksional Jasin. Pasukan PK Jasin diketuai oleh KIP Hazli bin Abdul Hamid bersama Insp. Azhar bin Ismail, SJN Mohd Khairol bin Johari, Encik Norizan bin Md. Yusof dan Ustaz Muhammad bin Abdullah. Pusat Koreksional Jasin telah mempertandingkan projek bertajuk SMART-N-SLOW. Projek ini merupakan satu inovasi baru menghasilkan baja berasaskan daun nanas. Inovasi yang diketengahkan oleh pasukan PK Jasin telah mencapai kejayaan dengan memperolehi Pingat Perak. Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada anggota dan kakitangan yang mewakili pertandingan inovasi ini dan seluruh warga kerja PK Jasin yang menyokong usaha inovasi dan peningkatan idea baru secara berterusan . Syabas dah Tahniah diucapkan.