Matomo

Program Derma Darah Dan Pemeriksaan Kesihatan , Pusat Koreksional Jasin, Melaka Dengan Kerjasama Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Derma Darah Dan Pemeriksaan Kesihatan , Pusat Koreksional Jasin, Melaka Dengan Kerjasama Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Melaka

Pada 11 Februari 2026 (Rabu), Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan telah diadakan di Dewan MD2 Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin) Melaka. Program ini telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan  Perubatan Transfusi, Hospital Melaka.  Program ini melibatkan penyertaan seramai 50 orang pegawai dan kakitangan dari PK Jasin dan Institusi Penjara Negeri Melaka. Tujuan program ialah bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga kerja mengenai kepentingan menderma darah serta penjagaan kesihatan secara berterusan. Selain aktiviti derma darah, para peserta turut menjalani pemeriksaan kesihatan asas yang dilaksanakan oleh Unit Perubatan PK Jasin yang diketuai oleh Doktor Mohd Mahdzan bin Mazelan bersama Penolong Pembantu perubatan En. Muhammad Syukri bin Roslan dan En. Syafiq bin Mat Gheni/Ghani, Penolong Pembantu Farmasi PK Jasin sebagai langkah pemantauan awal tahap kesihatan. Turut hadir pada program tersebut ialah PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah PK Jasin, PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan pengarah PK Jasin, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, warga kerja PK Jasin dan warga kerja institusi Penjara Negeri Melaka. PK Jasin merakamkan penghargaan kepada Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Melaka yang diketuai oleh Doktor Helmy bin Abd. Rahman bersama 11 orang pasukan perubatan. Pengurusan PK Jasin turut merakamkam penghargaan kepada semua warga kerja Pusat Koresional Jasin, Penjara Sungai Udang, Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Muzium Penjara Malaysia dan Institut Koreksional Malaysia yang turut hadir menjayakan program. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyokong usaha kebajikan kesihatan semua warga kerja di Institusi Penjara Negeri Melaka.