Matomo

Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) 2026 Madani Yakin "Kepulangan Yang Dinanti"

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) 2026 Madani Yakin "Kepulangan Yang Dinanti"

13 Februari 2026 (Jumaat) - Bertempat di Dewan Seri Mutiara, Penjara Seberang Perai, telah berlangsung Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Kepulangan Yang Dinanti sempenaTahun Baru Cina, yang disempurnakan oleh PKK Mahadzair bin Che Daud, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang.


Program ini merupakan inisiatif murni Jabatan Penjara Malaysia dalam memberi peluang kepada prospek untuk menyambut perayaan bersama keluarga tercinta.


Program bertemakan "MADANI YAKIN: Kepulangan Yang Dinanti" ini bertujuan untuk mempercepatkan proses integrasi semula prospek ke dalam masyarakat menerusi sokongan sistem kekeluargaan dan majikan.
Penjara Seberang Perai jumlah (67) prospek(6 wanita, 61 lelaki) iaitu 26 keluarga, 27 majikan dan 14 RP.


Penjara Pulau Pinang jumlah (35) prospek lelaki iaitu 18 keluarga, 12 majikan dan 5 di Rumah Perantaraan.


Jumlah keseluruhan terima lesen (102) prospek telah terpilih untuk menjalani Perintah Pelepasan Secara Lesen berdasarkan kriteria dan penilaian dalam program pemulihan yang telah diadakan di institusi penjara.


Selain itu, dalam majlis ini juga Jabatan Penjara Malaysia turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada pihak Universiti Sains Malaysia dan 39 majikan yang telah memberi komitmen yang tinggi dalam program CSI.
Program ini turut disertai oleh PKK Navinderjit Singh a/l Svinder Singh dari Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti IPPM, PKK Norulekhsan bin Abdul Rahim, Pengarah Penjara Seberang Perai dan PKP Zool Fadli bin Ismail, Pengarah Penjara Pulau Pinang. PROGRAM PELEPASAN BANDUAN SECARA LESEN (PBSL) 2026 MADANI YAKIN "Kepulangan Yang Dinanti"