Pada 27 Januari 2026 (Selasa), pihak SUHAKAM telah mengadakan lawatan berkala ke Pusat Koreksional Bintulu/ PPK/ PPA. Lawatan ini adalah sebahagian daripada fungsi dan mandat Suruhanjaya yang termaktub dalam Seksyen 4(2)(d) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 (Akta 597) untuk melawat tempat tahanan dan bertujuan mendapatkan maklumat atau menerima aduan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia dan kemudiannya membuat syor sekiranya perlu. Pegawai SUHAKAM yang terlibat ialah Tuan Dahim anak Nadot, Pesuruhjaya SUHAKAM, Sarawak, Tuan Abdul Kadir Jailani bin Ismail, Pesuruhjaya SUHAKAM, Encik Sophian bin Osman, Encik Franky anak Philip, dan Puan Vivien anak Marcus. Lawatan telah diadakan di semua blok penempatan banduan, Pejabat Pendaftar Banduan, Blok Bengkel, Blok Sajian dan Blok Tempat Jumpa. Lawatan berakhir pada jam 1.00 tengah hari.










