Ceramah Ambang Ramadan 1447H Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Selasa, 10 Februari 2026 bersamaan 22 Syaaban 1447H di Dewan Ngah Ibrahim, Penjara Taiping. Antara pengisian program ialah bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran dan ceramah berkaitan persediaan menghadapi bulan Ramadan serta kelebihan bulan Ramadan yang disampaikan oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Haji Muhammad bin James Baven, Pendakwah Bertauliah Negeri Perak. Penyampaian Cenderahati telah disempurnakan oleh TPP Teuku Mohd Hasbi bin Tarmizi, Ketua Bahagian Pemulihan Penjara Taiping mewakili Tuan Pengarah Penjara Taiping. Program bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Seramai 400 orang penghuni terlibat dalam program ini.










