28 Januari 2026 : Jabatan Penjara Malaysia, telah menerima satu undangan rasmi daripada Hong Kong Correctional Services's (HKCSD bagi menyertai kursus latihan intensif yang bertajuk "Certificate in Safe and Effective Control Tactics (CSECT) Training Course" bagi siri R1/2026.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, Setiausaha Keselamatan, Encik Tang Ping-keung, dan Pesuruhjaya Perkhidmatan Koreksional, Encik Wong Kwok-hing, bersama pegawai koreksional dan tetamu dari seluruh dunia yang turut menjadi saksi kepada mercu tanda pembangunan ini.
Susulan kejayaan penganjuran sulung "Greater Bay Area Correctional Tactical Skills Challenge" tahun lalu, pembukaan akademi hari ini bukan sekadar merealisasikan projek yang diusulkan dalam Laporan Dasar terbaharu, malah memperteguh peranan Hong Kong sebagai hab antarabangsa. Akademi ini menawarkan latihan taktikal profesional bertauliah kepada rakan sejawat global melalui pemindahan ilmu, pertukaran kemahiran, serta perkongsian pengalaman demi mencapai matlamat "Integrating East and West, Scaling New Heights Together."
Kumpulan pertama seramai 29 pelatih dari Tanah Besar China, Macau, Brunei, Fiji, Malaysia, Filipina, Korea Selatan, dan Vietnam telah tiba di Hong Kong. Mereka akan mengadakan pertukaran taktikal dengan #CSD Response Unit and participate in the "Certificate in Safe and Effective Control Tactics"
Pada masa hadapan, akademi merancang untuk memperkenalkan kursus jurulatih secara berperingkat, membolehkan pelatih melatih kakitangan lain sekembalinya ke agensi masing-masing, sekaligus meningkatkan tahap profesionalisme global.










