Pada 21 Januari 2026 (Rabu) Lawatan Anggota Lembaga Hakim Pelawat (LHP) ke Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah diadakan . Lawatan diketuai oleh YBhg. SS Datuk Wira Hj. Abdul Halim bin Tawil, Mufti Negeri Melaka, Puan Halyjah binti Muhamad, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, Puan Naziyah binti Said, Pegawai Perhubungan Perusahaan Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka dan SM (B) Sashin@Hashim bin Hamza. Lawatan disambut oleh PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PP Mohd Rehan bin Khamis Timbalan Pengarah PK Jasin, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, TPP Rafizi bin Ramli, Ustaz Abdul Lathif bin Ismail dan S.I Sa’ban bin A. Rahim. Tempat yang dilawati adalah Blok Damai, Bengkel Dapur, Bengkel Jahit dan Bengkel Dobi. Lembaga Hakim Pelawat amat berpuas hati dengan konsep layanan kepada Orang Diselia (ODS) di PK Jasin. ODS bukan sahaja diberi peluang bekerja dan menambah pendapatan tetapi berperluang menambah kemahiran dalam pelbagai bidang melalui kursus dan praktikal. Pengurusan Pusat Koreksional Jasin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada Lembaga Hakim Pelawat yang diketuai oleh Ybhg. Datuk Mufti dan semua warga kerja PK Jasin yang menyokong program pemulihan kepada ODS.










