Ceramah Israk Mikraj 1447H Peringkat Penghuni Penjara Taiping telah diadakan pada hari Selasa, 20 Januari 2026 bersamaan 01 Syaaban 1447H di Dewan Terbuka Penjara Taiping. Antara pengisian program ialah Ucapan Aluan oleh Pengarah Penjara Taiping, Alunan Ayat-ayat Suci Al-Quran oleh penghuni dan ceramah berkaitan peristiwa Israk Mikraj serta kewajipan menunaikan solat yang disampaikan oleh YBhg. Al-Fadhil Ustaz Amirul Hishamudin bin Abdul Azid, Pendakwah Bertauliah Negeri Perak. Hadir sama ke majlis ialah YBrs. Tuan Mohd Saufi bin Ibrahim, Pengurus Besar Zon Utara, MAIPk. Penyampaian Cenderahati telah disempurnakan oleh PKK Rizalma bin Che’ Abd Hamid, Pengarah Penjara Taiping. Program bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Seramai 400 orang penghuni terlibat dalam program ini.










