Pada 22 Disember 2025 (Selasa), Majlis Sambutan Jalinan Kasih Sempena Perayaan Krismas telah diadakan di Dewan MD2, Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin). Seramai (4) Orang Diselia (ODS) dan (8) ahli keluarga ODS telah hadir dalam majlis tersebut. Turut hadir ialah PKK Alik Makim, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka yang merasmikan majlis, PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah PK Jasin, TPP Rafizi bin Ramli, KIP Mohd Rizuan bin Osman, Ketua Unit Pemulihan dan anggota pemulihan PK Jasin. Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang hadir Puan Farzena Balan, Pengurus Syarikat SAORA Industries Sdn. Bhd. dan Persatuan Persaudaraan Penjara Semenanjung Encik Eric Lee Hup Joo, Encik Alvin Bong Tick Hong, Encik Anthony Panan a/l Raman, dan Encik Tan Boon Ban. PK Jasin merakamkan penghargaan kepada Puan Farzena Balan, Pengurus SAORA Industries Sdn. Bhd. kerana berbesar hati menyumbangkan alatan sukan dan pek makanan kepada Orang Diselia (ODS). Pengurusan PK Jasin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua NGO kerana membantu program pemulihan kepada ODS. Penghargaan juga diberikan kepada semua anggota dan kakitangan PK Jasin yang memberi komitmen untuk menjayakan pelbagai program pemulihan kepada ODS.










