Matomo

Taklimat Penerangan Berkenaan Teknik Penyelesaian Masalah (Design / Thinking) PULMAS

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Taklimat Penerangan Berkenaan Teknik Penyelesaian Masalah (Design / Thinking) PULMAS

Pelangai, 15 Disember 2025 (Isnin) - Telah berlangsungdengan jayanya Taklimat Penerangan Berkenaan Teknik Penyelesaian Masalah (Design / Thinking) bertempat di Bilik Mesyuarat Kecil, PULMAS. Taklimat berkenaan disampaikan oleh YDH. PKP Mohd Faizal bin Jidin, Timbalan Pengarah (Operasi) PULMAS kepada 12 orang terdiri daripada barisan pegawai kanan, sarjan mejor dan pegawai awam PULMAS.

Objektif utama taklimat memberi pendedahan mengenai Pengenalan kepada Teknik Penyelesaian Masalah merangkumi konsep dan metodologi asas dan juga menerangkan secara khusus tentang Teknik Design Thinking sebagai alat penyelesaian masalah yang kreatif dan inovatif.

Sesi penerangan teori oleh YDH. Tuan Faizal, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) peserta dibahagikan kepada kumpulan untuk mengaplikasikan teknik yang dipelajari bagi menyelesaikan simulasi masalah, sesi pembentangan kumpulan membentangkan hasil dapatan dan solusi kreatif berdasarkan kerangka Design Thinking dan diakhiri dengan rumusan oleh YDH. Tuan Faizal. Peserta juga turut diberikan pre test kefahaman sebelum mula dan selepas kursus/taklimat bagi mengetahui tahap penerimaan kefahaman kursus ini.

Taklimat berjalan dengan lancar dan peserta telah menunjukkan komitmen serta pemahaman yang tinggi.