Pada 5 Disember 2025 (Jumaat). Seramai (15) pelajar Fakulti Perladangan dan Agroteknologi Universiti Teknologi Mara (UITM) Jasin telah melawat ladang Nanas di Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin). Lawatan pelajar UITM Jasin diketuai oleh Profesor Madya Dr. Alawi bin Sulaiman. Lawatan oleh Fakuliti UITM disambut oleh PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah PK Jasin ,TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak bersama pegawai dan anggota yang menguruskan ladang nanas di PK Jasin. Taklimat berkaitan operasi kepenjaraan disampaikan oleh KIP Abdul Haiyy bin Md. Ghaus, Ketua Unit Vokasional Industri PK Jasin. Manakala taklimat berkaitan pengurusan ladang nanas secara sistematik disampaikan oleh SJN Zupkawerussapkdanur bin Sapie dengan dibantu KPL Amyzol bin Ameran. Tujuan lawatan pembelajaran ialah mempelajari pengalaman anggota PK Jasin yang menguruskan ladang Nanas sehingga memperolehi sijil myGap iaitu amalan pertanian baik dan sistematik. Pengurusan PK Jasin merakamkam penghargaan kepada anggota yang terlibat dalam penyelarasan lawatan ini. Pusat Koreksional Jasin sentiasa komited menjalinkan kerjasama dengan institusi akademik bagi berkongsi pengalaman dan ilmu berkaitan perladangan.










