Matomo

Program Outreach Pusat Koreksional Jasin Melaka , Sempena Program Peningkatan Sahsiah Diri Di Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas Melaka

English |  English

A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Outreach Pusat Koreksional Jasin Melaka , Sempena Program Peningkatan Sahsiah Diri Di Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas Melaka

Pada 28 November 2025 (Jumaat), Sekolah Menengah Kebangsaan Nyalas, Jasin, Melaka telah menjemput Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin) bagi mengadakan ceramah dan pameran kepada pelajar. Tujuan ialah untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang bahaya pergaulan bebas dan pengaruh rakan sebaya yang negatif. Akibatnya boleh membawa kepada masalah disiplin hingga terjebak ke kancah jenayah dan akhirnya ke penjara. Sesi ceramah telah disampaikan oleh KIP Hazli bin Abdul Hamid yang bertajuk ‘Gejala Sosial Membawa Padah’ serta pameran penjara bersama KPL Ismail bin Salim. Program ceramah ini telah dihadiri oleh seramai 100 orang pelajar. Pihak sekolah diwakili oleh Encik Roslan bin Yaakob, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bersama 2 orang Guru Bimbingan & Kaunseling iaitu Encik Saifulnizam bin Abd Ghani dan Cik Nurul Salsabila binti Mohd Nor. Pusat Koreksional Jasin merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas jemputan ini dan penghargaan juga diberikan kepada Pegawai serta anggota PK Jasin yang komited menyampaikan ceramah kesedaran. Pengurusan Pusat Koreksional  komited mengadakan program outreach bagi bersama-sama komuniti bagi memberi kesedaran untuk membendung gejala sosial di peringkat sekolah. Semoga hasil program ini dapat memberikan inspirasi dan kesedaran mendalam kepada pelajar agar menjauhi gejala sosial serta menghargai peluang pendidikan yang diberikan.