Pada 27 November 2025 (Khamis) Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin) telah mengadakan Program Outreach Jalinan Kasih Deepavali. Program ini melibatkan 22 ODS bersama keluarga yang telah dijemput bagi memberi kegembiraan ODS dan memeriahkan suasana. Tujuan program diadakan ialah memperkasa program pemulihan kepada ODS dengan sokongan keluarga, NGO dan komuniti. Pengisian program ialah dengaan persembahan busking dari ODS, penghargaan kepada ODS yang memberi komitmen tinggi serta sumbangan cenderahati kepada keluarga ODS yang hadir. Majlis dirasmikan oleh PKK Alik bin Makim Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka. Pengurus Saora Industri Sdn. Bhd iaitu Puan Farzena Balan turut hadir untuk memberi sumbangan iaitu berbentuk peralatan kegunaan peribadi kepada ODS. Turut hadir ialah PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah PK Jasin, Dr. Mohd Mahdzan bin Mazelan, Pegawai Perubatan PK Jasin, Encik Muhamad Ridwan bin Maming, Pegawai Psikologi PK Jasin, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak dan anggota pemulihan PK Jasin. Penyelaras program ialah KIP Mohd Rizuan bin Osman. PK Jasin merakamkan setinggi tinggi penghargaan Pengurus Saora Industri Sdn. Bhd kerana memberi sumbangan kepada ODS dan Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka yang berbesar hati hadir untuk merasmikan majlis. Penghargaan juga diberikan kepada semua anggota dan kakitangan PK Jasin yang memberi komitmen menjayakan program pemulihan kepada ODS.










