Pada 10 November 2025 (Isnin) seramai 40 Orang Diselia (ODS) dari Pusat Koreksional Jasin (PK Jasin) telah memulakan pekerjaan di Syarikat J&T Exspress (M) Sdn. Bhd. di Bukit Rambai Melaka. PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah PK Jasin. PP Mohd Rehan bin Khamis, Timbalan Pengarah PK Jasin, TPP Razrin Hamidi bin Abdul Razak, KIP Mohd Rizuan bin Osman, anggota Unit Parol dan Unit Pemulihan telah sama-sama memberi kata semangat kepada ODS untuk bekerja dengan penuh komitmen bagi menimba pengalaman serta kemahiran supaya ODS mempunyai nilai tambah dalam pasaran pekerjaan. Dengan adanya peluang peluang pekerjaan, ODS akan mampu berdikari, mempunyai pendapatan yang stabil serta menjadi produktif demi menyumbang bakti kepada keluarga, masyarakat dan negara. Pengurusan PK Jasin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Syarikat J&T Express (M) Sdn. Bhd kerana menawarkan peluang pekerjaan kepada ODS. Penghargaan juga diberikan kepada Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti IPPM, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan semua anggota dan kakitangan PK Jasin yang menyokong program ini demi memperkasakan program pemulihan di Pusat Koreksional Jasin.










